Makan berseperah adalah satu adat bagi Masyarakat Melayu Sarawak,makanan berseperah ini lebih kepada hidangan susunan semasa penyediaan di dalam majlis kenduri.Satu set biasanya adalah untuk empat orang dimana memudahkan pengurusan pihak yang menganjurkan majlis kenduri tersebut.Makanan yang disediakan pula biasanya dua set untuk setiap bahagian,iaitu satu set untuk dua orang.Pengurusan dan tenaga kerja pula biasanya hanyalah dari orang kampung yang bergotong royong semasa menyediakan seperah semasa kenduri.
Kebelakangan ini,adat makan berseperah ini jarang diamalkan oleh kerana wujudnya pilihan Pihak penyedia Katering yang menyediakan semua aspek di dalam majlis,dari pekerja hinggalah peralatan seperti gelas,tapak mangkuk,sudu dan berkaitan
0 comments:
Post a Comment