Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Friday, 27 December 2019

Seikh Gendang dan amalan bermukun

Seikh Gendang dan gendangnya.Bila disebut bergendang,tidak jauh akan lari dengan istilah bermukun,menopeng atau berpantun.Budaya ini dapat dilihat jelas dari kawasan Teluk Melano hingga sebahagian kawasan Sabah dan Labuan.Walaupun sinonim dengan masyarakat Melayu,namun bergendang ini ada juga dipraktikkan oleh masyarakat Melanau,Kedayan dan Iban di sesetengah bahagian.

Acara bergendang biasanya dilakukakn ketika majlis keramaian seperti acara perkahwinan di mana untuk memeriahkan suasana di rumah pengantin.Namun di zaman moden ini,acara seperti ini amat jarang dilakukan kerana pilihan alternative lain seperti berkaraoke..Tapi ,dalam masa yang sama masih ada juga golongan yang masih mempertahankan budaya ini agar tidak lapuk dek zaman kelak.

Sunday, 22 December 2019

Wednesday, 31 October 2018

Saturday, 13 October 2018

Datu Bandar of Kuching


Datu Bandar 

Menteri kepada Raja Putih Sarawak selama 40 tahun, gambar dipukul sekitar 1930-an. Orang Melayu membentuk kelompok penetap terbanyak di Kuching, pengasas bandar tersebut dan merupakan bangsawan pentadbir dalam kerajaan Dinasti Brooke

Sunday, 14 April 2013

Pembahagian suku-suku dayak di Borneo

Peta menunjukkan pembahagian Suku-suku bangsa,dan suku kaum di tanah Kalimantan (Indonesia,Malaysia dan Brunei ).Satu pulau yang terbahagi kepada tiga negara namun secara sejarah dan ikatan kekeluargaan mempunyai hubungan yang erat dan sejarah yang panjang. Sejarah yang bukan hanya bermula dari penubuhan Negara Indonesia dan negara Malaysia,tetapi lebih jauh dan panjang daripada itu.British dan Belanda hanya memecah belahkan dan memperkenalkan sempadan tanah yang sebelum ini bebas untuk anak tanah Kalimantan ini bergerak dari selatan ke utara,dari timur ke barat.British dan belanda jugalah yang memperkenalkan nasionalisme negara masing masing hingga anak Kalimantan berdiri teguh dengan prinsip nasionalisme kebangsaan masing masing hinggakan lupa saudara dan jiran di bersebelahan.