Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Wednesday, 2 January 2019

Sarawak Local delicacies



Teh C Peng (Beng) Special dan Laksa Sarawak ,adalah makanan dan minuman trademark khusus untuk Sarawak umumnya dan Kuching khususnya.Dukatakan Teh C Peng inidicipta oleh seorang pembancuh minuman di kawasan Batu 7 (Kota Sentosa) beberapa tahun dahulu.Teh C peng di sini adalah lain daripada tempat lain dimana salah satu elemen di dalam air ini ialah gula apong (Gula pokok nipah).Lantaran itu,rasanya adalah berlainan jika dibandingkan dengan Teh C dari negeri lain umumnya,Namun begitu,resipi ini sudah tersebar luas di Sarawak dan mungkin juga ke negeri negeri lain di Malaysia.

Manakala Laksa Sarawak pula,tak payahlah diperkenalkan lagi.Rata-rata di Kuching dan daerah lain di Sarawak,Laksa ini boleh dikatakan adalah menu pembuka sarapan pagi rata-rata warga tempatan.Antara sarapan pagi yang digemari warga tempatan juga adalah seperti Mee jawa,mee Kolok dan Mee Kampua.Ada banyak lagi juadah lain yang muungkin saya terlepas pandang,namun ini adalah diantara menu sarapan pagi warga tempatan yang rata-ratanya mudah diperolehi di Food Court atau restoran-restoran tempatan.

Day 2/365/2019

Saturday, 19 March 2016

Sarawak Food Truck

Salam,adakah anda ingin memulakan perniagaan Food Truck /Mobile Vehicle dengan :-
1. Membeli kenderaan dengan 100% pembiayaan sendiri
2. Membeli kenderaan dengan bantuan Agensi Kerajaan berkaitan dan sebahagian Pembiayaan sendiri.
Sama ada membeli dgn pembiayaan sendiri atau bantuan pihak lain, ada perkara asas anda perlu sediakan terlebih dahulu.
Apa persediaan yang anda perlukan (basic necessity)
1. Syarikat yang didaftarkan, - Setiap perniagaan wajib ada ( di LHDN atau SSM)
( RM 77 + Pencarian Nama Syarikat + Cop Syarikat )
jika tidak semua perkara akan tergendala kerana untuk beli lori/van & etc perlu ada pendaftaran
Perniagaan, begitu juga bila buat akaun bank, mohon permit ,sebab itu ia nya penting.
2. Lesen Kenderaan
Lesen Memandu dengan Kelas –kelas bersesuaian dengan saiz kenderaan .Contoh
C = Motorsikal Roda Tiga
D = Motokar BTM tidak melebihi 3500 kg
E = Motokar BTM tidak melebihi 7500 kg
3. Lesen GDL (Good Driving Lesen) Bergantung kenderaan yang dibawa.
Jangan ambil risiko sekiranya anda kena saman (RM300) / kemalangan atau apa2 yang berkaitan.
4. Sijil Pengendali makanan yang diperolehi dari Pusat Pengajar yang ditauliahkan oleh jabatan Kesihatan
Antara syarat yang kena ada untuk mohon permit/ lesen
Bayaran anggaranRm100-Rm200. Anda akan diberi sijil setelah tamat kelas. Biasanya 1 hari. Boleh pergi kelas ujung minggu.
Tidak rugi pun jika pergi sebab anda akan dapat ilmu.
5. Suntikan typhoid untuk pengendali makanan yang terlibat
Boleh buat dekat klinik swasta atau klinik kerajaan
Lepas suntik dapat kad
6. Permit perniagaan & Permit /Lesen perniagaan bergerak dari Pihak Berkuasa Tempatan ( DBKU,MBKS,Pedawan,MBM,BDA,SMC dan sebagainya)
Untuk makluman masih tiada lesen foodtruck/lesen perniagaan bergerak (secara khusus)di keluarkan oleh PBT (yang ada seperti permit sementara untuk lokasi tertentu
Mohon dahulu sekiranya dapat atau tidak lain cerita. Jgn salahkan PBT jika barang anda disita atau disaman. Sekurangnya isu pertelingkaran dapat dikurangkan. (jangan asyik hendak bertindak menjual secara berani mati sahaja)
Jika tiada lesen foodtruck mohon apa-apa lesen yang bersesuaian (cth lesen niaga statik)
Tempoh hendak lulus memakan masa so boleh mohon sementara foodtruck belum/dalam proses siap.
Cuba buat semakan syarat diperlukan spt pelan lokasi, gambar lokasi, masa operasi, jenis makanan@minuman dan etc
Jika tidak mahu mohon lesen dan permit berkaitan,mungkin anda boleh ambil permit sementara sertai event2 yang perlukan foodtruck (bayaran mengikut event/perday) Permohonan akan dipohon melalui persatuan dengan jumlah ahli yang mencukupi untuk meyakinkan pihak PBT tentang fungsi perniagaan bergerak ini.
7. Daftar Akaun semasa dengan pihak bank
Akaun semasa ini biasanya ada buku cek dan boleh buat transaksi secara online. Biasanya jika hendak beli foodtruck baru ,pihak Penjual akan meminta akaun sekurang-kurangnya 6 bulan transaksi . Menabung dalam acc ini supaya ia nampak aktif. (maklumat lanjut hubungi pihak persatuan)
Deposit biasanya rm1000-Rm2000 bergantung kepada bank. Boleh keluarkan balik lepas dah settle buat acc.
Jika hendak apply pembiayaan melalui TEKUN atau Bank bank tertentu,mereka pun akan merujuk kepada Akaun Semasa Bank anda .(Akaun dirujuk untuk melihat kemampuan kewangan anda)
Recommendation dari rakan yang mempunyai acc semasa diperlukan
-
Mobile Vehicle untuk berniaga bukan sahaja merujuk kepada kepada Lori yang menjual Makanan (food truck) ,tapi dapat juga digunakan untuk mejual produk lain.Selain itu terdapat pelbagai jenis kenderaan lain untuk perniagaan Kenderaan Bergerak untuk pelbagai tujuan perniagaan baik dari makanan,pakaian,buku,perkhidmatan Gunting Rambut dan sebagainya ,kenderaan yang dimaksudkan adalah seperti :
1. Basikal
2. Motorsikal Roda Tiga
3. Van
4. Kereta MPV (Multi Purpose Vehicle)
5. Lori (Pelbagai saiz dari 1 tan ke bawah hingga 3 hingga 7 tan)
Penggunaan jentera untuk perniagaan bergantung kepada jenis perniagaan yang dilakukan dan kemampuan peniaga untuk membiayai dan menyelenggara kenderaan untuk perniagaan yang dijalankan kelak.
Beberapa perkara yang perlu dipatuhi mengikut undang-undang
Pihak berkuasa Tempatan (Berkaitan dengan Lesen Perniagaan dan Permit Lesen Perniagaan Bergerak)
Melibatkan Undang-undang meletakkan kenderaan di satu satu tempat pada masa yang tertentu.
Undang-undang Jalan raya ( Pihak JPJ dan Polis Diraja Malaysia – Pemandu harus mempunyai Lesen kenderaan berkaitan dan Lesen GDL (kenderaan berkaitan) , dan Kenderaan yang digunakan untuk berniaga diubahsuai mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan )
Undang-undang berkaitan Penyediaan Makanan ( Pihak jabatan Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan – Sijil Penyediaan makanan dan Sijil menunjukkan Pengusaha Makanan sudah disuntik dengan suntikan anti Typhoid ) – Kebersihan tempat penyediaan Makanan dan lokasi tempat menjual makanan harus sentiasa dititik beratkan ( Elakkan kawasan yang kotor terdapat banyak haiwan perosak seperti tikus,lalat dan serangga penyebar penyakit)
Adakah anda bersedia dan mampu untuk menyediakan perkara asas ini dahulu,sekiranya bersedia anda harus berjumpa pihak kami dahulu untuk langkah seterusnya :-
Antara badan Kerajaan dan Institusi kewangan yang terlibat dalam pembiayaan projek ini kelak adalah pihak :
1. MARA
2. SEDC
3. FAMA
4. PNS
5. Bank Rakyat
6. Bank Simpanan Nasional
7. Bank SME
Fungsi dan tujuan setiap Badan/Institusi kewangan ini akan diterangkan kelak.( * Syarat-syarat dan terma akan diterangkan kelak)
Sekiranya anda ingin menjalankan Perniagaan tertentu menggunakan Kenderaan-kenderaan bergerak (food truck ini) langkah seterusnya adalah menyediakan Rancangan Perniagaan yang ringkas apa yang akan anda buat kelak.
Rancangan Perniagaan yang menyeluruh tentang Perniagaan Bergerak yang akan dijalankan untuk meyakini pihak Pembiaya (Institusi Kewangan / Jabatan Kerajaan ) di mana teras utama nya adakah Perniagaan Menggunakan kenderaan bergerak ini mampu memberi pulangan kewangan yang menguntukan kepada anda disamping dapat membayar balik Pinjaman kewangan untuk perniagaan ini.
1. Secara umumnya rumusan di dalam kertas kerja ini anda akan buat setelah melihat dari pelbagai sudut :
2. Modal Permulaan,modal sokongan dan potensi keuntungan
3. Komitmen anda terhadap perniagaan ,melakukannya secara separuh masa/sepenuh masa.
4. Idea kreatif anda untuk menjalankan perniagaan dan kaedah melaksanakannya kelak
5. Pengalaman anda menjalankan perniagaan
6. Saiz /Skala perniagaan yang anda ingin mulakan
7. Lokasi Perniagaan dan sasaran pelanggan.
Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi saya 01115217730. Terima Kasih

Thursday, 15 December 2011

Kek Lapis Dayang Salhah





Kek lapis Sarawak adalah satu trademark di Sarawak umumnya dan di Kuching khususnya,terdapat pelbagai jenis Kek lapis dengan pelbagai nama dan gelaran mengikut rasa,warna dan ke kreatifan pengusaha kek lapis.

Di antara penguasaha terawal kek lapis di sarawak yang telah menempa nama dan terkenal di seluruh Malaysia ialah Puan Dayang Salhah,yang beroperasi di rumahnya sendiri di Kampung Boyan Kuching,Sarawak.Dengan lokasi yang strategik amat mudah warga tempatan dan pelancong yang datang dari luar kuching untuk ke kedai Dayang Salhah ini..



Kampung Boyan terletak berseberang dengan Segitiga Emas Kuching yang menempatkan beberapa Hotel 4 dan 5 bintang serta beberapa pusat membeli belah,pelancong yang tinggal di Hotel di kawasan ini hanya memerlukan Perahu tambang sahaja untuk ke seberang dengan bayaran 0.50 sen seorang.X adalah lokasi kedai Kek Lapis Dayang Salhah,beroperasi dari pagi hingga tengah malam..jika anda menaiki perahu tambang,anda akan hanya berjalan kaki sekitar lebih kurang lima minit untuk sampai ke sana.

Selain Kedai Kek lapis Dayang salhah,banyak lagi kedai kek lapis yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di sekitar Kampung Boyan dan Kampung Gersik,pilihan adalah di tangan pengguna.Lain orang mungkin mempunyai lain citarasanya namun begitu Kedai Kek Lapis Dayang Salhah masih lagi mempunyai peminat dan penyokong yang setia.Kalau ke kuching,jangan lupa singgah di sini..ok..

Sunday, 13 November 2011

Friday, 28 October 2011

Buah Tematuk

Masyarakat tempatan Sarawak menggelar buah ini sebagai buah Tematuk.Juga dikenali sebagai buah pokok Apong iaitu pokok Nipah.Buah yang sederhana masak adalah manis,rasanya seperti Buah Rambutan.Buah ini mudah diperolehi di kawasan tumbuhnya pohon pohon Nipah,namun masyarakat sekarang ramai yang tidak mengenali buah ini lantas belum pernah menikmatinya.