Tuesday 29 May 2007

Jumlah Penduduk Kuching

Kuching (S'wak) - 734, 517
Banjarmasin (South Kalimantan) - 590, 206
Kota Kinabalu (Sabah) - 532,129
Balikpapan (East Kalimantan) - 447, 327
Pontianak (West Kalimantan) - 462, 730
Sandakan (Sabah) - 448, 074
Samarinda (East Kalimantan) - 356, 139
Tawau (Sabah) - 349, 962
Miri (S'wak) - 256, 224
Sibu (S'wak) - 210, 668
Bintulu (S'wak) - 175, 884
Bandar Seri Begawan (Brunei) - 69, 984

Jumlah penduduk di bandar-bandar besar Pulau Borneo.
Di kuching tu jumlah di bandarayanya sahaja,belum campur ngan pesisir macam di batu kawah,serian ,bau..etcc.mungkin sampai 800,000 tu..perghh.ramai tu..

Friday 25 May 2007

Isthmus City






Isthmus....pelik bunyinya kan..sekarang ni bila sebut pasal Istmus sesetengah orang mungkin tau pasal Kching Istmus tapi ada jugak orang Kuching,ataupun orang sarawak atau orang-orang sekalipun tak tau apa itu Isthmus atau di mana isthmus dan Kuching Isthmus...

Isthmus ni dalam bahasa Melayu maksudnya segenting..mm segenting Kra..tempat kat Tanah Melayu zaman Purba dulu..Isthmus ni maksud omputihnya lah..jadi tempat n dalam Bahasa Melayunya Segenting Kuchinglah maksdnya..

Lokasi selepas tambak Pending dan Sebelum Sungai Sarawak Barrage(SSB) ape bende SSB tu haa...Sungai Sarawak Barrage ni adalah satu satunya sistem pengawalan Sungai kat Asia Tenggara ni ..perghh..KL pun takder..jadi Apa fungsi SSB nih??

mengawal air kat Sungai Sarawak atau kata lainnya..pasang surut Air kat sungai Sarawak ni dapat dikawal perghh....

Jadi berbalik cerita pasal Isthmus ni..tempat ni dulu sebenarnya kawasan Kampung then dalam awal 1990an telah dkosongkan untuk projek pembangunan,selepas tu projek Tambak Bako bermula iaitu aliran sungai yang keluar ke muara Santubong ditebat.Sebelum ni kalau nak ke seberang kawasan area ni terpaksa naik feri(feri yang boleh bawak keta.moto dan orang) ala macam feri kat jambatan pulau Pinang tu tapi kecik sikit..

jadi bila dah siap tambak bako nih..dari tanah besar Kuching connected ke tanah Bako(tempat ni sekarang dikenali Demak Jaya..i tell u laterlah)

Dalam masa yang sama projek SSB pun bermula..tanah dari kawasna demak Jaya ni bersambung dengan Isthmus..tanah digali dan jambatan dibina..tujuannya untuk membentuk satu aliran sungai baru..dengan kata lain watergate..pintu yang boleh dibuka tutup untuk mengawal air dan kapal masuk..

bila siap jer SSB ni..satu lagi tambak dibina di hujung Isthmus,tambak pending yang menghubungkan Pulau Ishmus ni ngan tanah besar Pending..sungai Sarawak akhirnya kehilangan satu lagi Muara..aliran sungai ni mengalir ke Muara Tuang..ni sebelah kananlah..Muara santubong Sungai sebelah Kiri..

Jadi aliran sungai Sarawak yang masuk dan keluar sekarang hanya melalui SSB ni..air sungai Sarawak pasang dan surut dikawal oleh SSB ni..

Berbalik pada Istmus ni..kawasan ni akan jadi satu kawasan City within City..Bandar dalam bandarlah..kat sini akan ada
1.Sarawak Convention Centre(5000 capacity)
2.Kuching Tower (Bangunan yang paling tinggi di Borneo,39 Tingkat)
dalam kuching tower ini ada apartment dan Hotel JWW Mariot
3.Kuching water theme Park
4.Shopping Centre
5.Housing estate
6.Marina..

semua ada kat pamplet atas tu.anchor utamanya memang Kuching Tower dan sarawak Convention Center tu,baru part part lain akan didevelop selepas Kuching Tower tu siap kelak..erkk...

dulu masa Kuching Tower dalam perancangan aku ingatkan mungkin macam KL Tower,Chicago Tower atau seattle tower tapi Alhamdulillah ada jugak Tower yang tinggi kat Kuching hehe..bagus ada dari tak ada..tak gitu..

Kuching New development 2

Antara Perkembangan atau kata orang putihnya perkembangan dan pembangunan lain di Bandaraya Kuching dan kawasan sekitarnya :-

1. The Spring Mall - Largest shopping Mall in S'wak
2. Boulevard Shopping Complex
3. Green Heights Mall
4. Plaza Merdeka
5. Grand Centro (Proposed)
6. Dayak Plaza (satok area)
7. Mega Mall (kawasan depan Arif Hotel)
8. ONE TJ (Tabuan Jaya)
9. Sama Jaya Mall
10.BDC Gyratory interchange
11.Kuching International Airport Runway and Taxiway extenstion
12. Kuching Waterfront Extension
13.Sarawak State Legislative Building (DUN)
14.Sarawak Convention Centre (muat 5000 org)
15.Kuching Towers (39 storeys will be the tallest building in Borneo!!)
16.Swinburne University Campus Expansion
17.Novotel Interhill Kuching 25 tingkat termasuk 3 tingkat shopping complex(New International 4 star hotel) Belakang Riverside Hotel
18.Sarawak International Medical Centre (SIMC)
19.Petra Jaya Boulevard (Kawasan Masja,nama sebenarnya Petra Jaya Boulevard)
20.Kuching Istmus City (Kawasan Sarawak Barrage)
21.Kuching Water Theme Park
22.City Bridge Commercial Centre
23.Sama Jaya Cyber City

perghh... i luv Kuching... tempat tempat ni recently projek(2006/2007) mm teruja jugak aku mendengar and melihat perkembangan kat Kuching ni, erk....

Thursday 24 May 2007

Pak Tambang





The new built Harmony Bridge will jeopardise the exsistence of Pak tambang.Pak tambang known as kuching icon,i donno since when Pak Tambang operated along Sungai sarawak..maybe more than 1000 years ago hehehe ..nolah its a stupid joke from me hehehe.maybe about 100 years ago when there is no such buses,taxi,motorcycle or car in kuching..

there is only water transportation back then.yea lah..based on evolution of Kuching city and history book.. even i still not exist that time hehe..( i only know it from history books etc etc)

But the truth is what will happened to our Kuching icon ,this so called"Pak Tambang" .Eventhough land transportation nowadays is better than yesterday(1970's.1980's)but certain people still using Tambang as transportation such as people staying in Malay Kampung across river.

And dont forget tourist from other parts of Sarawak,from Sabah,semenanjung and orang putih...


Monday 21 May 2007

Kuching New development

aku barubalik ke kuching dalam ujung tahun lepas,maksudnya aku benar benar baru balik kekuching dan bermastatutin di kuching semula..sebabnya berapa tahun dah aku kerja Di miri darul minyak then pergilah kerja di kolumpo..last last balik ke kuching jugak..heheh

bak kata omputih home sweet home..kala pepatah melayu pulakkata terbang bangau akhirnya balik ke belakang kerbau,kata karam singh walia..mana tidak kuah kalau tumpah ke nasik heheh..

sorry karam singh walia janganlah kau saman aku,aku takdakduit kalau nak bayar saman kau..anyway back to the topic lah..

kalau ikut keluasan dan kepadatan dan kemajuan bandaraya Kuching ni,Kuching Jatuh di tangga ke empatlah dalam seniority bandaraya-bandaraya di Malaysia nih..kalau kemajuannya..kolumpo and JB memang advance lah akan tetapi Kuching pun sebenarnya dapatlah jugak nak mengejar atau setanding ngan bandar dan bandaraya lain kat Malaysia ni kan..

dalam tahun 2006 dan 2007 suddenly(cakap omputih pulak) tiba-tiba(dengan suspennya) shahadan(bahasa klasik lagi) Kuching booming betul..bukan boom meletup seperti pengebom berani mati ataupun bunyi keta eksiden tapi kemajuannya nampak dari beberapa segi dan sudutlah.

Gambar kat sebellah ni adalah DUN baru negeri sarawak.DUN tu maksudnya Dewan undangan negerilah ..tiap tiap negeri ada DUN masing masing tapi aku rasa yang kat Sarawak ni paling terbesar kat Malaysia buat masa ni atau sampai bila bila sebabnya Sarawak ni negeri yang paling besar kat Malaysia dan kawasan banyak bro..aku pun tak terhitung berapa ke gamak banyaknya..



ni pulak jambatan "Harmony" yang akn dibuat merentasi sungai Sarawak dari seberang(area watefront baru yang akan dibina) ke kawasan DUN yang akan siap.Jambatan ni sebenarnya untuk pejalan kaki aje..sekali pandang macam jambatan Kat Putra Jaya je lah bro..cangiihh tuu...

tapi yang aku fikirkan nanti apa akan jadi ngan nasib nasib pak Tambang kat area tula.emm tungu dan lihat je lah..sebab Pak Tambang ni boleh dikatakan seperti Icon bandaraya Kuching..dari dulu dulu lagi..yelah dari zaman keta belum banyak,and sungai jadi pengangkutan utama...mungkin diorang nanti bakal diupgrade jadi Water Taxi ke aper ke.. wait and seelah..