Showing posts with label Kampung Seberang Petra Jaya. Show all posts
Showing posts with label Kampung Seberang Petra Jaya. Show all posts

Monday, 17 May 2021

Thursday, 12 December 2019

View of Kuching City from Kampung Sungai bedil




View of Kuching City from Kampung Sungai Bedil Jetty and riverfront ( photo taken on September 2019,during peak of Haze )

Thursday, 11 August 2016

Sarawak River after the rain


It was hot today but at the end of the day,it's raining like Cats and Dogs.After the rain came the rainbow,End of the rainbow stop at Middle of Sarawak River.Local belief saying that if we go to the end of rainbow,we will find lot of treasure.Never try it before,but who knows it maybe real..hehehe

Thursday, 4 December 2014

Pengkalan kampung Lintang, Kuching

Sungai sarawak mempunyai beberapa Pengkalan yang menghubungkan kedua dua belah daratan ,dimana satu bahagian adalah kawasan Pasar dan Bandar manakala sebelah bahagiannya pula adalah Kampung-kampung melayu tradisi. Ini adalah salah satu pengkalannya iaitu Pengkalan kampung Lintang,Kuching. Foto ini diambil dari bahagian seberang sungai.

Tuesday, 28 January 2014

Welcome to Darul Hana , Petra Jaya


Future development for Darul Hana (Kampung Seberang Hilir Petra Jaya) which consisted of Kampung Boyan,Kampung Gersik,Kampung Sourabaya Huluand Hilir,Kampung Panglima Seman,Kampung Panglima Seman Lama@Kampung Buah,Kampung Semarang,Kampung Pulo Hulu and Hilr and Kampung Bintawa Hulu,tengah and Hilir.This area also have three Primary School,2 cemetery area and surau for each Kampung.














Saturday, 3 August 2013

An evening In Bintawa


Bintawa atau disebut dalam sebutan masyarakat setempat Bintawak..Terbahagi kepada dua iatu Bintawa Cina dan Bintawa Melayu.Bintawa Melayu ialah dimana terletaknya Kampung Bintawak Hulu,Bintawak Tengah dan Bintawak Hilir.Bahkan di sebelah hujungnya lagi dikatakan terdapat kampung Bintawak Batu.

Sebahagian penduduk di kampung Bintawa Tengah telah dipindahkan sekitar beberapa tahun dahulu ke penempatan lain untuk memberi laluan kepada pembinaan Jambatan Tun Salahuddin iaitu Jambatan kedua yang merentangi Sungai Sarawak.Penempatan di sini pada mulanya dikenali sebagi Kampung Matu,oleh kerana di sekitar kawasan ini penduduk asalnya banyak yang berasal dari kawasan Matu Daro di bahagian tengah Sarawak.Nama kawasan ini dikenali juga sebagai Tanjung Bintawak.Bintawak adalah sejenis buah seperti buah terap.Mungkin disebabkan nama Tanjung Bintawak inilah,kawasan ini dinamakan sebagai Bintawa.

Terdapat beberapa kampung lain yang ada di sepanjang sungai Sarawak berhampiran Kampung Bintawa iaitu  Kampung Gersik,kampung Boyan,Kampung Sourabaya Hulu,Kampung Sourabaya Hilir,Kampung Panglima Seman,Lampung Panglima Seman lama (kampung Buah) ,Kampung Semarang,Kampung Pulo Hulu dan Kampung Pulo Hilir.

Manakala Bintawa Cina pula terletak di seberang sungai dimana terletaknya perumahan yang majoriti didiami oleh keturunan Cina dan dahulunya sebahagian di kawasan ini didiami oleh masyarakat Cina berketrunan Heng Hwa yang dikenali juga sebagai "cina kotak" oleh masyarakat tempatan.Ini kerana pekerjaan mereka adalah sebagai nelayan dan jika turun ke laut atau tinggal di kapal sementara bersedia untuk ke laut mereka akan tinggal dan tidur di dalam kapal mereka yang seperti kotak.Berhampiran kawasan perumahan ini pula terletak zon perindustruian Bintawak di mana kawasan ini menempatkan kilang -kilang yang kebanyakkannya berasaskan kayu dan papan lapis.Terdapat juga perusahaan lain seperti Baja (Gold Coin) dan berkaitan pengimpalan dan berasaskan pembinaan.