Friday 3 January 2020

Datuk Seri Tra Zehnder

Datuk Seri Tra Zehnder adalah tokoh politik veteran Sarawak yang juga wanita pertama menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak (1960-1963). Tra Zehnder merupakan wanita pertama dilantik sebagai Iban Temenggong, satu jawatan ketua kaum tempatan negeri, bagi Bahagian Kuching (Julai 1988 - Februari 1996).

Beliau merupakan pengasas kepada persatuan Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS), sebuah perkumpulan wanita Dayak negeri yang masih aktif dan berpengaruh sehingga kini.Beliau menjadi setiausaha kehormat SIDS pada 1960 sebelum dilantik menjadi presiden (1964-1966).

Pada tahun 1962, mendiang mewakili Sarawak Dayak National Union (SDNU) dalam mesyuarat pembentukan Suruhanjaya Cobbold dan juga wanita pertama menjadi Ketua Majlis Adat Istiadat Sarawak (1996-2002).

Jasanya terhadap masyarakat Dayak ialah menjadikan sambutan Gawai Dayak sebagai sambutan peringkat nasional dan majlis rasmi kerajaan. Tarikh 1 Jun setiap tahun dijadikan hari sambutan perayaan Gawai Dayak sebagai pengiktirafan kepada masyarakat kaum Dayak yang terdapat di Sarawak dan sehingga kini diraikan setiap tahun pada 1 dan 2Jun.

Pada 23 Julai 2011, Datuk Seri Tra Zehnder meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak, Kuching,Sarawak pada usia 84 tahun kerana sakit tua.

0 comments: