Saturday, 4 August 2018

Sungai Bodoh Besar

 Terdapat beberapa jambatan yang menghubungi jalan-jalan di belakang kawasan Bandar Baru Samariang.Jalan ini adalah Jalan alternatif untuk Jalan Sultan Tengah,yang menghubungi Bulatan Samariang hingga ke Jambatan santubong, namun sehingga tarikh ini  (August 2018) ,Jalan ini pun belum ada nama rasminya.

Salah satu Jambatan ini merintangi sebuah Sungai bernama Sungai Bodoh Besar,ada sebuah lagi pula Jambatan merintangi Sungai Bodoh kecil.Sungai ini dinamakan Sungai Bodoh oleh kerana terdapat satu lobak (lubuk) yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Lubuk Bodoh.Dinamakan sedemikian oleh kerana nelayan yang memancing atau menjaring di kawasan tersebut sering sahaja tersesat dan tidak tahu arah keluar dan ini menjadikan mereka dibodohkan oleh kawasan tersebut,lantas tempat tersebut disebut sebagai Lobak Bodoh.

Bahkan tidak jauh dari kawasan tersebut dahulunya ada penempatan atau Kampung dan Kampung tersebut dikenali sebagai kampung Bodoh.Oleh kerana modenisasi rata_rata penduduk telah berpindah ke kawasan yang lebih dekat dengan bandar ,ataupun mungkin kerana malu nama kampung yang seakan akan Bodoh,maka mereka berpindah keluar dari kampung tersebut

0 comments: