Friday, 1 February 2013

Crocodile Caught in Kuching





Crocodile weight about 600kg caugt at Kampung Selang,near to Telaga Air Matang.As the crocs caught at Sungai Teruntum ,Kampung Selang. Sarawak Governor (his House near to Kampung) named this crocs as Bujang Selang.In Sarawak,most of the Crocodile given surname as Bujang (Bujang Senang,Bujang Samarahan etc) attach under is cutting from online newspaper Kosmo and Utusan Malaysia related news to this crocodile.


KUCHING - Buaya Bujang Teruntum yang ditangkap di Sungai Teruntum berdekatan rumah rehat Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di sini kelmarin adalah seberat 629 kilogram (kg) berbanding anggaran asal 300kg.
Berikutan berat luar biasa itu, Abang Muhammad Salahuddin menukar gelaran reptilia itu kepada Bujang Selang yang mengambil sempena nama kampung tempat buaya itu ditangkap.
Berat buaya tersebut disahkan oleh pegawai Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) yang menimbang reptilia sepanjang lima meter itu setelah ia diangkat oleh sekumpulan 15 lelaki ke atas tebing sungai semalam.
Kerja-kerja menimbang berat buaya itu dilakukan selepas ia dikeluarkan dari sangkar yang memerangkapnya di sungai berkenaan untuk dibawa ke Pusat Perlindungan Hidupan Liar Matang di sini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2Jct0gSO1
Hakcipta terpelihara 



KUCHING 28 Jan. - Walaupun menyedari terdapat banyak buaya dalam sungai di hadapan rumah rehatnya di Kampung Selang di sini, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng tidak menyangka salah seekor daripadanya mencecah berat sehingga 620 kilogram.
Menurutnya, buaya sepanjang lima meter tersebut merupakan yang pertama ditangkap dengan seberat itu.
''Sebelum ini Sarawak Forestry Corporation (SFC) ada menangkap seekor buaya di sungai ini tetapi tidaklah seberat kali ini,'' katanya ketika ditemui semasa melihat alat penimbang khas yang digunakan oleh SFC untuk menimbang berat buaya itu di sini hari ini.
Yang hadir sama isteri beliau, Toh Puan Norkiah Abdullah. Malah Norkiah memaklumkan beliau pernah ternampak reptilia yang lebih besar di sungai itu tahun lalu.
Menurut Abang Muhammad Salahuddin, buaya tersebut yang ditangkap semalam sepatutnya ditukar nama daripada Bujang Teruntum kepada Bujang Selang bersesuaian dengan nama kampung ini iaitu Kampung Selang.
Buaya tembaga jantan itu ditangkap oleh beberapa anggota SFC di Sungai Teruntum yang terletak dalam kawasan rumah rehat Abang Muhammad Salahuddin selepas melakukan operasi memburu sejak seminggu lalu.
Menurut SFC, kesemua reptilia yang diburu itu tidak akan dibunuh sebaliknya dipindahkan ke Matang Wildlife bagi mengelak ancaman bahaya kepada penduduk.
Selepas berjaya mengeluarkan Bujang Selang dari sangkar, pihak SFC terpaksa meminta bantuan pekerja ladang di situ bagi mengusung reptilia tersebut.
Keadaan semakin berisiko apabila mereka perlu mengusung reptilia tersebut dan mendaki bukit sejauh 200 meter dengan mengambil masa lebih tiga jam.
Hari ini Utusan Malaysia melaporkan SFC berjaya menangkap seekor buaya sepanjang lima meter yang dipercayai membaham anjing peliharaan pekerja ladang selepas terperangkap di dalam sangkar khas dengan umpan bangkai ayam


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130129/dn_12/Buaya-tembaga-seberat-620kg#ixzz2JctMZzfq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments: