Wednesday, 5 January 2011

Satok Flyover Aireal View

Pemandangan dari Udara Satok Flyover . Flyover pertama di bina di Sarawak dan Kuching khususnya.Sebelum ini terdapat bulatan di sini dan ianya dikenali sebagai Bulatan Bintangor dimana dibawah jalan ini terdapat anak Sungai Bintangor yang menuju ke Sungai Sarawak. Terdapat beberapa mercu utama Bangunan bangunan utama yang terdapat di kawasa ini iaitu 1. Bangunan Ambank 2. Bangunan Bank Negara 3.Bangunan Mahkamah Syariah 4. Bangunan RTM 5. Wisma Hopoh Gambar ini diambil beberapa tahun yang lalu dimana di kawasan belakang Mahkamah Syariah masih belum diluaskan lagi di mana sekarang,proses Pembinaan Komoleks Islam Sarawak sedang dilaksanakan. Sebelum itu kawasan tersebut menempatkan 1. Bangunan Majlis Islam Sarawak 2. Perpustakaan Negeri 3. Perpustakaan Bandaraya. Ketiga tiga bangunan itu sekarang sudah terkubur bersama lipatan sejarah dan memori warga Bandaraya.Dengan terbinanya bangunan Kompleks Islam Sarawak kelak dijangkakan lagi akan menambahkan lagi kepesatan Ekonomi kawasan setempat dan juga menambah pandangan Pencakar Langit di Bandaraya Kuching. Terdapat beberapa jalan raya utama yang dilingkari bersama Flyover ini iaitu : 1. Jalan Satok 2. Jalan Kulas 3. Jalan Satok

0 comments: