Wednesday, 27 October 2010

Why Iban and Malay of Sarawak cannot eat Ikan Patin

To this day there is a myth among Iban and Malay of Sarawak that they cannot eat Ikan patin( type of freshwater catfish).There is a myth related to this event which have intercultural mix and stronger strength between Iban and malay on the old time. :-

Pada suatu masa dahulu, seorang gadis bernama Endu Saputong Kempat, adalah adik kepada Simpilang Gana yang dianggap salah seorang Dewa Dewi Iban. Saputong mengidap sejenis penyakit yang berbau busuk (kusta) dan mudah merebak.
Oleh yang demikian beliau telah diasingkan dari keluarga. Dia tinggal di dalam pondok di atas rakit. Pada suatu masa, dimusim tengkujuh, tali pengikat putus dan rakit pun hanyut ke laut.
Semasa di laut, ikan patin bongsu merasa kasihan kpd Saputong. Ikan patin tersebutlah yang berusaha membantu menyembuhkan penyakit Saputong.
Rakit tersebut terus hanyut sehingga suatu hari ianya tersangkut di pengkalan Hj Pati Melayu. Saputong dijemput oleh Hj Pati ke rumahnya.
Hj Pati amat tertarik dengan kecantikkan Saputong lalu memperisterikannya. Mereka dikurniakan beberapa orang anak dan mempunyai keturunan hingga sekarang.
Oleh yang demikian, keturunan Saputong Kempat dan Hj Pati Melayu tidak boleh memakan ikan patin.

0 comments: