Monday, 7 June 2010

Syair Rakis



SYAIR RAKIS



Bismillah itu mula karangan

Kisah rencana dagangan buangan

Digunung larangan asmara guna

Segenap desa pantai saujana

Membawa nasib untung sendiri



Masuk segenap desa dan negeri

Seperti burung lepas tangkapan

Bunga dan buah tiada larangan

Sebut namaku dagangan asmara

Bercerai dengan sanak saudara



Namaku Misa Panji Larangan

Sekarang sudah buanga-buangan



Kompeni itu sangat kuasa

Laksana dewa dari angkasa

Suku dan rial sangat perkasa

Dihurainya ringgit dan laksa.



Pulau Labuan diminta segera

Akan jalan tiang bendera

Disana tempat berkita-kira

Dari Sarawak ke Singapura



Dagang tercengang mendengarkan titah

Hati didalam sangat gelabah

Labuan itu bukannya mudah

Alamat negeri dibawah perintah



Tuanku baik fikir sedikit

Supaya tahu nyaman dan sakit

Dengan Inggeris sudah berkait

Marikan lagi datang memipit.



Negeri tuanku sangat mashyur

Cina dan Keling kedai teratur

Bermacam jenis ada terhambur

Disanalah kelak memberi gugur



Mesyurarat dengan ceteria menteri

Seta iman, khatib dan haji

Supaya masyhur khabar zamani



Itu pun tiada dagang rundingkan

Janku dahulu kepada bilangan

Fikir baharu baik carikan

Akan menjadi kira dan angan.



Rakis kedelapan karangan cukup

Laksana berjalan tiada terikut

Pandai melangkah duri dan ramput

Sedikit tiada menyangkut



Rakis pertama mula disurat

Dengkil dalil negeri dagang melihat

Sebarang negeri dagang melihat

Berbuat sekolah tempat mesyuarat



Ayuhai nasib apakan jadi

Hendak mengajar tiada berani

Tetaou zaman datuk nenek

Khabarnya konon memutar negeri



Nasib sangat badan terlalu

Laksana unggas tercabut bulu

Hendak berkata lidah pun kelu

Lain kupandang masa dahulu



Hairanku handai melihat tukang

Unggas Nuri menjadi enggang



Hairanku sangat terbalik-balik

Negeri yang besar seperti bilik

Udang galah jadi cecudik

Harimau yang garang dapat dimilik



Sudah kehendak Tuhan yang kaya

Gunung yang tinggi menjadi paya

Pari menjadi kura-kura

Bingkarung sudah jadi buaya



Hairanlah dagang ajaib pula

Kehendak Tuhan Azzawajalla

Seekor naga tujuhnya cula

Sekarang menjadi ikan tempala



Nasib tak boleh dikenang lagi

Janji dahulu sudah terbahagi

Unggas tempadu dengan meragi

Jadi geruda di Pauh Janggi



Astaghfirullah hairanku sangat

Air dilaut tiada hangat

Seluang dihulu pandai menyangat

Sumbilang di laut terlompat-lompat



Inilah kehendak Tuhan yang Maabud

Besi melaila menjadi umbut

Unggas dihutan menjadi bubut

Tiadalah boleh mengatakan maksud



Ajaib sekali aku memandang

Jujum yang sakit tiada terbilang

Burung nuri mejadi bebalang

Nyamuk kecil menjadi helang



Itulah kehendak Tuhan semesta

Gunung yang tinggi menjadi rata

Lain menjadi miskin peminta

Nampak dipandang dengan nya kita .


PENGENALAN ::



Kemasyhuran Syair Rakis sememangnya tidak asing lagi kepada masyarakat Brunei sejak ia mula tersebar dan ianya merupakan hasil karya Pg. Shahbandar Mohd Salleh. Naskah asal syair ini tidak hanya dibaca oleh Sultan Abdul Momin bahkan disalin oleh pembesar-pembesar negara dan orang ramai sebagai bacaan yang istimewa di masa itu. Tarikh Syair Rakis dikarang pada sekitar TM18. Terhasilnya Syair Rakis in adalah kerana adanya rasa kesedaran Pg Shahbandar Mohd Salleh atas perubahan terhadap negeri Brunei yang telah menunjukkan kemunduran yang akan berlaku ke atas Negeri Brunei (Hj. Jamil Al-Sufri )



Abad ke 19 merupakan zaman yang amat menyedihkan kerana hampir pupus semua wilayah Brunei ke tangan Inggeris. Pada saat inilah juga cendekiawan Brunei Pengiran Shahbandar Pengiran Mohd Salleh mencipta sebuah syair yang menimbulkan berbagai-bagai penafsiran sehingga nyawanya sendiri terkorban. Pengiran Mohd. Salleh mengarang syair ini semasa perjalanan pulang ke Brunei dari Mukah yakni tempat beliau membawa diri. Sesampainya ke Brunei dipersembahkanya Syair Rakis kepada Sultan sebagai buah tangan.



Syair Rakis telah menimbulkan perbagai tafsiran oleh pengakaji sastera dan sejarah. Walaupun karya ini berbentuk lama yakni Syair tetapi isinya mempunyai wawasan dan pandangan terus terang yang sekali gus mencerminkan satu transisi kemodenan. Wawasan atau pandangan atau nasihat yang terdapat dalam syair terhadap bangsanya sendiri termasuklah politik, eknomi, pendidikan dan sosialbudaya di Brunei ketika itu.



Badaruddin Haji Othman menganggap Syair Rakis kaya Pengiran ini sebagai dokumentasi sejarah yang paling penting yang mencatatkan satu gambaran yang lampau yang telah menjadi titik tolak dalam percaturan sosial politik negara Brunei (Pulau Broneo dalam hubungan dengan kekuasaan Inggeris (1967.



Tetapi, yang paling menarik mengenai syair ini ialah penempatannya sebagai titik tolak pemisah antara satera lama dengan moden sehingga ada yang mengusulkan Pengiran Mohd Salleh diangat sebagai BAPA KESUSASTERAN MELAYU MODEN dengan alasan-alasan tertentu mereka.



.Dalam bidang kesusteraan, pengiran Shahbandar Pengiran Mohd. Salleh merupakan pembaru dengan karya tunggalnya syair Rakis. Gaya penulisan dan idea-idea yang terkandung dalam syair ini merupakan aspek pembaruan yang dilahirkannya. Karya tunggal beliau ini tidak lagi menceritakan kisah-kisah khayal atau kisah puter puteri raja yang tiada cacatnya, sebaliknya apa yang disembahkanya adalah kisah yang lebih realistik dan kemanusiaan. Kisah itu lebih menyentuh soal-soal sosialpolitik dan sosial ekonomi demi kebaikan negaranya.(Haji Hashim, 1993).



Apa pun pendapat tentang Syair Rakis karya pengiran Shahbandar Pengiran Mohd Salleh baik dari sudut sejarah mahupun sasteranya namum jelas bahawa fungsi satera selain menghibur ia juga dapat menjadi cerminan sesautu bangsa pada zaman yang lampau. Ini bertepatan dengan menjadi cermin bangsa tersebut. Dlam sastera terolah berbagai-bagai ragam manusia dengan catatan hidupnya terutama mengenai peristiwa suka duka masyarakat Melayu. (Muhammad Abd. Latif, 1980.





::RIWAYAT HIDUP PENYAIR ::



Pengiran Shahbandar Mohd Salleh merupakan seorang keluarga diraja Brunei yang hidup diantara akhir KM18 hingga KM19. Ayahandanya bernama Sultan Abdul Mubin Pengiran Sharmayuda ibnu Pengiran Indera mahkota ibnu Pengiran Abdul Rahman ibnu Pengiran Temenggong Dakula ibnu Sultan Abdul Mubi (Sultan ke-XIV). Beliau adalah salah seorang daripada golongan diraja yang terpelajar. Menurut riwayat beliau bersekolah di Betawi dan melanjutkan pelajarannya ke Negeri Belanda. Gelaran Pg. Shahbandar telah dianugerahkan kepada beliau oleh Sultan Abdul Momin diatas kebijaksanaan beliau. Lebih kurang pada TM 1820 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Kanzul, Pg. Md. Salleh telah dipanggil balik ke Brunei oleh baginda Sultan dan diberi gelaran Pg Indera Mahkota kerana kebijaksananya. Pada TM 1827 Pg Shahbandar Mohd Salleh diaturkan menjadi Gabenor di Sarawak.



Dan pada tahun 1834 Pg.Muda Hashim ibnu Sultan Muhammad Kanzul alam telah berangkat ke Sarawak untuk memerhatikan keadaan Sarawak tetapi kehadirannya telah menyebabkan berlaku perselisihan faham dng Pg. Md. Salleh.



Pada masa Pg Muda Hashim berada di Sarawak dalam TM1839, belaiu telah berkenalan dengan James Brooke iaitu seorang Inggeris yang datang ke Sarawak untuk berniaga dan mencari ruang untuk berkuasa di sana. Dengan kepintaran dan tipu muslihatnya memanipulasikan perbbalahan diantara Pg. Shahbandar Md. Salleh dengan Pg. Muda Hashim sehingga james Brooke berjaya membuat perjanjian dengan Pg. Muda Hashim untuk berkuasa di Sarawak dalam TM 1841.



Pada TM1842 James Brooke telah mengahadap Sultan Omar Ali Saifuddin II untuk mendapatkan kuasa pemerintahan yang lebih lagi dan perjanjian pun dibuat diantara mereka dengan menjadikan James Brooke menjadi Raja Sarawak. Selepas perlantikan James Brook itu Pg. Shahbandar Md Salleh pun mengundur diri dari Sarawak dan bermastautin di Mukah. Melalui Pg. Anak Abdul Momin atas nama Sultan Omar Ali Saifuddin II telah memanggil Pg. Md. Salleh untuk membetulkan keadaan yang telah kacau bilau. Pengiran Salleh telah bertemu Sultan dan memberi 12 Syair sebagai hadiah dan Syair tersebut telah menyebabkan kegelisahan dikalangan kerabat diraja dan akhirnya pada TM 1858 Pg Mohd Salleh telah dibunuh dng satu pembunuhan terancang yang diaturkan oleh Pg Digodang Pg Anak Muhammad Hasan ibnu Pg Anak Tajuddin

KANDUNGAN SYAIR RAKIS ::



Penulisan Syair Rakis yang dikarang oleh Pg. Shahbandar Mohd Salleh ini mengandungi 12 Syair didalamnya. Diawal Syair Rakis yang beliau karang itu mengandungi segala hasrat dan cita-cita terhadap bangsa dan negaranya, terdapat beberapa nasihat, teguran malahan pandangan yang merupakan peringatan kepada Sultan Brunei, Pembesar dan juga rakyat Brunei keseluruhannya pada ketika itu. Apa yang dikemukan oleh beliau didalm Syair Rakisnya sememangnya berkaitan dengan pentadbiran dari sudut politik, ekonomi, pendidikan dan agama negara Brunei ketika itu.



Di sebalik syair yang dikarang beliau banyak mengandungi maklumat yang berhubung dengan keadaan politik dan juga corak pemerintahan dinegeri-negeri lain. Dari Syair tersebut beliau ingin meningatkan kepada sultan agar sentiasa membawa pembesar dan rakyat berunding dan bermuafakat sebelum membuat keputusan, mengingatkan kepentingan keluasan wilayah Brunei, mengawasi kegiatan orang asing dan kehadiran orang-orang Inggeris. Selain itu beliau terus menyedarkan anak bangsanya mengenai keburukan dan niat tidak baik di kalangan orang-orang Barat terhad Brunei dengan menyedarkan kepada pempin dan rakyat Brunei agar berhati-hati terhadap pihak Inggeris. Beliau juga mengingatkan kepada Sulatan Omar Ali Saifuddin II supaya memikirkan semua mengenai janji yang dibuat dengan pihak Inggeris dahulu, jika baginda terus berpegang pada janji itu tentulah Brunei akan mendapat kerugian kelak. Beliau tidak ragu mengenai kesenangan dan kesusahan yang akan diterima setelah bersahabat dengan Inggeris ini kerana orang Inggeris pandai menggunakan tipu muslihat secara perlahan dan licin. Pg Shahbandar juga ingin mengingatkan kepada pemerintah Brunei agar menjalankan pentadbiran dan pemerintahan dengan tidak terlalu mementingkan wang ringgit sahaja sehigga tanggungjawab terhadap bangsa dan negara sendiri terabai. (Awang Aji bin Hj Hamda, 1990).



Di dalam syair yang dikarang oleh Pg. Shahbandar Md. Salleh itu terdapat juga maklumat yang berhubung dengan keadaan ekonomi Brunei. Belaiu menyeru Sultan Omar Ali Saifuddin II dan rakyat Brunei supaya berfikir mengenai sikap orang Inggeris yang meminta Pulau Labuan, besar kemungkinan juga akan berputar belit untuk mendapatkan wilayah yang lain. Apa yang menyusahkan hati beliau adalah tentang penyeraha Pulau Labuan itu akan banyak merugikan Negeri Brunei kerana Pulau labuan mempunyai kedudukan yang strategik bukan sahaja dalam bidang politik malahan yang penting sekali dalam bidang ekonomi Brunei. Dengan penyerahan Pulau labuan itu kestabilan dan kedudukan Brunei akan tergugat tiak hanya wilayahnya hilang malahan juga membolehkan pihak British menguatkan angkatan tenteranya. Brunei juga akan kehilangan sebuah pulau yang berharga terutamanya dalam perdagangan kerana tempat itu merupakan persinggahan pedanga-pedagang luar yang memunggah dan mengambil barang dagangan. Belaiu mencadangkan kepada pihak Kesulatanan Brunei suapa mengambil langkah yang wajar dalam menangani masalah penyerahan Pulau labuan dengan mencadangkan supaya Sultan Omar Ali Saifuddin II berunding dan bermuafakat untuk mendapatkan keputusan yang bersepadu.



Pg. Shahbandar Md. Salleh mengingatkan bahawa persahabatan Brunei dengan pihak Britih tidak boleh menjamin keselamtan wilayah Brunei sepenuhnya, ini disebabkan mereka berminat bersahabat dengan Brunei untuk kepentingan perniagaan dan perluasaan tanah jajahan mereka. Beliau tetap mengingatkan mengenai kegiatan mereka seharusnya sentiasa diawasi dan diperhatikan termasuklah peniaga berbangsa lain khasnya Cina dan Keling dengan menyarankan agar jangan dibiarkan mereka berniaga tanpa kawalan dan sekatan tertentu.



Selain itu, dalan syirnya ada juga soal pendidiakn yang beliau kemukan kerana beliau juga telah menyedari akan nasib bangsanya yang serba kekurangandan memberikan cadangan untuk membangunkan sekolah sebagai asa kemajuan negara.



Terdapat juga soal agama yang dikemukakan oleh Pg Md. Salleh, dengan mengingatkan agar segala perkara yang dilakukan hendaknya dijalankan mengikut pegangan terhadap ajaran Islam dan akidah Islam. Selain itu belaiu juga mengingatkan kepada pembesar-pembesar negara yang menjalankan syarak itu menjalinkan kerjasama yang erat diantara yang lain agar dapat memelihara keutuhan agama, kekuatan umat, bangsa dan negara.



Dari huraian diatas tadi dapatlah disimpulkan bahawa Pg. Shahbandar Md. Salleh mempunyai pandangan yang jauh. Belaiu dapat menyelami niat bangsa-bangsa lain yang datang ke Brunei. Ramalan-ramalan belaiu sendiri berlaku dan menjadi kenyataan selepas beliau mangkat satu demi satu wilayah Brunei terhakis dan terlepas dari genggaman Brunei untuk terus mengekalkan wilayah-wilayah Brunei yang masih ada dan jangan dibiarkan hilang dan dirampas sekali lagi dan sesuka hati oleh Britih. Kesan dari kerakusan James Brooke itu telah menyebabkan Negeri Brunei menjadi sebuah negeri yang dahulunya sebagai sebuah empayar yang besar dan kuat kini menjadi sangat kecil. Perkara ini disebut oleh Pg. Shahbandar Mod Salleh dalam Rakisnya.



Selain itu Pg. Shahbandar Md. Salleh juga melihat betapa pentingnya perjalanan ekonomi, pendidikan dan juga kecenderungannya kepada agama.

dipinjam dari link

1 comments:

Unknown said...

Datok hj ali pernah cerita ini di gelar ratu rati.......sampai sekarang tengah mencari....sudah 21 tahun