Tuesday, 14 August 2007

Malaysian Time,Jam Melayu,Jam Jepun,Jam Cina dan Jam Mexico

Sekarang jam menunjukkan jam 11.19 malam waktu malaysia(Malaysian Time).Sebentar tadi dalam lingkungan jam 10 malam aku baru selesai menonton My Team tajaan Hotlink..kiranya pemain amatur yang dilatih untuk melawan pasukan profesional.Tapi aku bukan mahu bercerita tentang Hotlink,Bola ataupun line telephone akan tetapi aku memetik kata-kata dari Bojan(Bukan Bohjan sedara bohsia ataupun Melayu Boyan ataupun kampung Boyan di Kuching) akan tetapi Bojan jurulatih pasukan MyTeam nih..

Bila diwawancara secara spontan,Bojan memberitahu peserta yang Shebby(Assistant Coach) akan datang lewat oleh kerana menyertai pasukan veteran malaysia melawan veteran Singapura.Dan sekali lagi aku tak bercerita pasal Bola Sepak,Mokhtar Dahari,Khairy Jamaluddin ataupun Tengku Ahmad Shah.

Jadi kata Bojan,Shebby akan datang lambat dan berjanji akan datang pada pukul 9.00 Malaysian Time,sambung Bojan lagi Malaysian Time yang dikatakannya adalah tidak semestinya jam 9 tepat akan tetapi mungkin jam 9.15..9.30 bahkan mungkin 9.59..

habitual Malaysian...

aku bukan nak mengatakan shebby ni tak menepati masa akan tetapi ini adalah satu habitual sebahagian masyarakat melayu dan rakyat malaysia..mungkin masyarakat Melayu biasa dengan istilah Jam Melayu atau janji melayu..pukul 3 janji..pukul 3.30 atau pukul 4 dia datang..ia seolah olah menjadi satu habit kebiasaan dan sebutan seharian masyarakat..tapi nak kata perkara ni terjadi dalam sebahagian masyarakat melayu saja mungkin tidaklah logik juga..bahkan masyarakat lain juga memang ada mengalami situasi yang sama.

Masa zaman persekolahan dulu,semasa menunggu kawan..jadi aku pun bermonolog tentang kawan aku yang lambat datang nih..ish jam melayu nih..

jadi kebetulan seorang rakan yang ada kat situ yang berketurunan cina bertanya.."Apa itu Jam Melayu"..mungkin fikirnya jam yang dipakai oleh orang melayu atau jam dibuat oleh orang melayu atau apa apa kaitan diantara jam dan melayu..

Jadi aku pun menerangkanlah dengan sesimple dan ringkas pada member aku ni dan terus disambut dengan ketawa olehnya..jawabnya lagi kalau jam melayu atau janji melayu ..berjanji jam 9 datang jam 10, masyarakat cina pula ada janji cina,berjanji jam 9 ..berjumpa jam 12..

hmmm mungkin ada cuma aku yang belum mengalaminya..mungkin ada juga wujud istilah jam iban,jam kayan,jam kadazan,jam india,jam senoi,jam kedayan atau sebagainya..

seorang rakan juga pernah bercerita tentang jam atau janji masyarakat antarabangsa.. jam mexico atau janji mexico dan jam atau janji jepun..sifat nya amat bertentangan dan berlawanan

Jam jepun berjanji jam 8 pagi.... jam 7 sudah datang

Jam Mexico berjanji jam 8 pagi..jam 8 pagi esok dia datang ...hehehe

Jadi jam masyarakat melayu dan masyarakat malaysia tidaklah seteruk yang disangka..

1 comments:

~PakKaramu~ said...

Salam !

Jika kita fikir baik-baik maka kuching tidak mungkin berjanggut melainkan bandar Kuching sarawak, dan replika Kuching Sarawakpun selagi ia tetap di situ maka ia tidak akan berjanggut juga, dalam islam sebut demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kerana apa ? kerana tunggu Kucing di bandar Kuching tu keluar janggut he, he, he he

Jangan marah ya !