Isthmus City
Isthmus....pelik bunyinya kan..sekarang ni bila sebut pasal Istmus sesetengah orang mungkin tau pasal Kching Istmus tapi ada jugak orang Kuching,ataupun orang sarawak atau orang-orang sekalipun tak tau apa itu Isthmus atau di mana isthmus dan Kuching Isthmus...
Isthmus ni dalam bahasa Melayu maksudnya segenting..mm segenting Kra..tempat kat Tanah Melayu zaman Purba dulu..Isthmus ni maksud omputihnya lah..jadi tempat n dalam Bahasa Melayunya Segenting Kuchinglah maksdnya..
Lokasi selepas tambak Pending dan Sebelum Sungai Sarawak Barrage(SSB) ape bende SSB tu haa...Sungai Sarawak Barrage ni adalah satu satunya sistem pengawalan Sungai kat Asia Tenggara ni ..perghh..KL pun takder..jadi Apa fungsi SSB nih??
mengawal air kat Sungai Sarawak atau kata lainnya..pasang surut Air kat sungai Sarawak ni dapat dikawal perghh....
Jadi berbalik cerita pasal Isthmus ni..tempat ni dulu sebenarnya kawasan Kampung then dalam awal 1990an telah dkosongkan untuk projek pembangunan,selepas tu projek Tambak Bako bermula iaitu aliran sungai yang keluar ke muara Santubong ditebat.Sebelum ni kalau nak ke seberang kawasan area ni terpaksa naik feri(feri yang boleh bawak keta.moto dan orang) ala macam feri kat jambatan pulau Pinang tu tapi kecik sikit..
jadi bila dah siap tambak bako nih..dari tanah besar Kuching connected ke tanah Bako(tempat ni sekarang dikenali Demak Jaya..i tell u laterlah)
Dalam masa yang sama projek SSB pun bermula..tanah dari kawasna demak Jaya ni bersambung dengan Isthmus..tanah digali dan jambatan dibina..tujuannya untuk membentuk satu aliran sungai baru..dengan kata lain watergate..pintu yang boleh dibuka tutup untuk mengawal air dan kapal masuk..
bila siap jer SSB ni..satu lagi tambak dibina di hujung Isthmus,tambak pending yang menghubungkan Pulau Ishmus ni ngan tanah besar Pending..sungai Sarawak akhirnya kehilangan satu lagi Muara..aliran sungai ni mengalir ke Muara Tuang..ni sebelah kananlah..Muara santubong Sungai sebelah Kiri..
Jadi aliran sungai Sarawak yang masuk dan keluar sekarang hanya melalui SSB ni..air sungai Sarawak pasang dan surut dikawal oleh SSB ni..
Berbalik pada Istmus ni..kawasan ni akan jadi satu kawasan City within City..Bandar dalam bandarlah..kat sini akan ada
1.Sarawak Convention Centre(5000 capacity)
2.Kuching Tower (Bangunan yang paling tinggi di Borneo,39 Tingkat)
dalam kuching tower ini ada apartment dan Hotel JWW Mariot
3.Kuching water theme Park
4.Shopping Centre
5.Housing estate
6.Marina..
semua ada kat pamplet atas tu.anchor utamanya memang Kuching Tower dan sarawak Convention Center tu,baru part part lain akan didevelop selepas Kuching Tower tu siap kelak..erkk...
dulu masa Kuching Tower dalam perancangan aku ingatkan mungkin macam KL Tower,Chicago Tower atau seattle tower tapi Alhamdulillah ada jugak Tower yang tinggi kat Kuching hehe..bagus ada dari tak ada..tak gitu..
0 comments:
Post a Comment