Monday, 31 December 2018

Pasar Tamu DBKU di Satok


Gambar lama Pasar Tamu Satok yang sekarang telah dipindahkan ke kawasan baru di seberang Sungai ,berhampiran Kubah Ria di Jambatan Gantung Satok.Tujuan utam aPasar ini dipindahkan adalah berkaitan masalah kebersihan di kawasan ini dan ruangan yang semakin sempit,tambahan pula tempat letak kenderaan yang kurang dan masalah lalu lintas.

Pasar Tamu Satok ini sering dikaitkan dengan UITM ( Usahawan Ikan Terubok Masin) dan Pasar Minggu Satok.Kawasan Pasar Minggu Satok berdekatan dan berkembar dengan kawasan Pasar Tamu Satok ini.Kebanyakkan peniaga di sini berpindah ke Pasar Tamu Satok baru yang ternyata lebih bersih dan luas.Tempat pasar ini sekarang telah dibina Taman Bunga untuk mencantikkan lagi suasana persekitaran.

Friday, 28 December 2018

Tuesday, 25 December 2018

Cadangan Pembinaan Jalan baru Samarahan - Kuching

Cadangan Pembinaan Jalan baru ke Samarahan.Umum mengetahui Jalan Kuching - Samarahan Expressway adalah antara  Jalan tersesak di kawasan Kuching - Samarahan, sama ada waktu pagi untuk turun bekerja atau pada waktu petang,masa untuk balik kerja.Ada juga masa-masa lain , kemalangan pada skala kecil sahaja cukup untuk membuatkan jalan tersebut menjadi sesak hingga jauh berkilometer panjangnya dari kawasan UNIMAS hinggalah ke bulatan Samajaya Free Industrial Zone.

Terdapat beberapa cadangan untuk melencongkan kesesakan ini dan dalam masa yang sama akan melancarkan perjalanan dari Samarahan ke Kuching (Vice Versa ) >Pelan ini dalan status kajian menyeluruh dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat setelah kajian selesai.Yang pastinya,diharapkan pembinaan laluan baru ini akan memudahkan dan menyenanggkan semua pengguna yang menggunakan laluan lama dan baru ini kelak disamping membangunkan kawasan persekitaran setempat.

Sibu Express Warf


Pemandangan biasa di Wharf Express Sibu berlatar belakangkan Icon Sibu iaitu bangunan Pagoda di tebingan Sungai Rejang.Pengangkutan air seperti ini adalah pemandangan biasa di bandar bandar di tepi sungai.Sebelum Bas Express beroperasi di Sarawak.Pengangkutan melalui Boat Express ini adalah perjalanan utama yang digunakan.

Boat Express di sini biasanya ada dua jenis,perjalanan jauh dengan saiz yang lebih besar manakala perjalanan yang sederhana jauh dan dekat menggunakan saiz yang kecil.Boat Express yang besar (atau dikenali sebagai Feri di semnanjung malaysia,contohnya Feri dari Kuala perlis ke Langkawi) destinasinya seperti dari Kuching ke sarikei dan Sibu (Vice Versa) manakala saiz kecil dari Sarikei-sibu-Tanjung Manis-Kapit dan lokasi lokasi berdekatan  (Vice Versa ).Boat Express yang besar digunakan kerana Boat besar ini akan melalui pesisir Laut,Engine dan saiz yang besar memudahkan perjalanan,manakala saiz Boat Express yang kecil digunakan di dalam kawasan sungai sahaja.