Di Muara Santubong,terdapat berpuluh batu-batuan lama yang mempunyai lagendanya tersendiri.Kawasan ini dinamakan sebagai batu buaya memandangkan terdapat satu batu yang menyerupai kepala buaya di antara ratusan batu lain yang turut mempunyai bentuk-bentuk tersendiri.Lagenda batu buaya ini dikaitkan dengan kisah buaya rasaksa yang sakti yang dibunuh dan disumpah di muara Santubong ini dimana selepas dipenggal,kepalanya kekal di situ menjadi batu.
Pada satu ketika dahulu ,tempat ini menjadi tarikan pelancong luar dan tempatan,namun peredaran masa dan mungkin banyak yang kurang melawat Santubong dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini,tempat ini menjadi sepi dan tiada pelawat.Ditambah lagi pasir dan lumpur yang meninggi dan menutupi sebahagian batu-batuan di sini yang menyebabkan sebahagian besar tidak nampak.
Perubahan angin monsun dan kesan ribut tropika yang bergerak dari Filipina ke Vietnam pada bulan Disember 2017 ini menyebabkan ombak yang kuat dan menghakis serta menarik pasir di kawasan ini dan menyebabkan sebahagian besar Batu yang tertimbus sudah kelihatan kembali.Inilah masanya pelawat boleh datang ke kawasan ini untuk melihat pelbagai bentuk batuan dari bentuk kepala buaya,bentuk ikan sembilang hinggalah kepada bentuk kepala Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump