Tuesday 1 January 2019

Medan Makanan Kubah Ria


Medan Makanan Kubah Ria yang terletak di tebing Sungai Sarawak,tidak perlu diperkenalkan lagi kepada warga tempatan.Tempat baru ini telah beroperasi sekitar 10 tahun,berpindah dari lokasi lama yang juga berdekatan.Tempat ini lebih selesa dan luas serta "free sitting" di mana anda boleh memesan makanan dari gerai lain  walaupun anda duduk jauh dari gerai tersebut.Pengusaha makanan di sini adalah 95% Bumiputera Islam dan makanan adalah halal 100%.

Masa dibuka kebiasannya dari petang hingga ke tengah malam,ada juga stall yang dibuka dari pagi dan untuk makan tengah hari  contohnya seperti Adam Cafe yang menyediakan makanan seperti nasi campur.Terdapat beberapa stall yang menyediakan makanan istimewa seperti Ayam Panggang Haji Mos yang sudah terkenal sejak di kawasan Kubah Ria lama dahulu,walaupun telah meninggal dunia namun perusahannya kini disambung oleh anak-anaknya.Terdapat nilai tambah di warung ini iaitu suntung tutok yang saiznya besar disampin sambal nya pedas dan enak.Barangsiapa dari luar kawasan Kuching  yang datang ke Kuching,anda wajib untuk datang ke sini.

Selain dari itu makanan trademark Sarawak umumnya seperti Mee Kolok,Laksa sarawak,Mee Sapi juga terdapat di warung warung lain ,pelbagai pilihan boleh didapati di sini.

Day 1/365

0 comments: