Saturday 25 March 2017

Shopping at Serikin Market


Pemandangan biasa di Pasar Serikin,masyarakat tempatan membeli belah di Pasar Serikin.Jarak dari Bandaraya Kuching sekitar 60 km  dan melalui Pekan Bau dan perkampungan masyarakat Bidayuh  sebelum sampai ke sana.

Pasar Serikin dibuka hanya pada hujung minggu dari seawal jam 6 pagi hingga jam 5 petang.

Tuesday 21 March 2017

Ikan Terubok at Medan Niaga Satok


Salah satu wajib dibeli oleh Pelancong dari Negeri lain di Malaysia bila datang ke Kuching ialah Ikan Terubok,sama ada yang segar atau masin.Di Kuching hanya ada dua tempat yang mempunyai pelbagai pilihan bila ingin membeli ikan Terubok ini iaitu di Medan Niaga Satok bersebelahan Kubah ria dan di Kampung Boyan.

Antara gerai yang dahulunya terkenal di pasar Satok lama ialah dari gerai U.I.T.M ,bukannya Universiti Institute Teknologi Mara tetapi Usahawan Ikan Terubok Masin.

Saturday 11 March 2017

Haji Umar Cafe Enterprise


Bandaraya Kuching menggabungkan pelbagai aspek,moden dan baharu yang disulam dengan kenangan semalam dan harapan yang mendatang.Haji Umar Cafe salah satu daripadanya,terletak di Lebuh Jawa di kawasan Gambier Street,bahagian lama Bandaraya Kuching.

Kawasan ini dahulunya adalah antara kawasan tersibuk di Kuching,dihadapan kawasan kedai ini dahulu terdapat beberapa gedung menjual pakaian dan di kaki limanya pula ramai warga tempatan yang menjual pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan segar tempatan.Terdapat stesen bas "hijau" di sini. Bas Hijau yang dimaksudkan ialah Sarawak Bus Company.hanya terdapat sikit sahaja bas ini yang beroperasi sekarang.

Dengan zaman yang berubah dan keperluan kawasan,stesen bas ini telah dipindahkan,bahkan tiada lagi penjual-penjual kaki lima yang beroperasi di sini.Gedung-gedung perniagaan di hadapan kedai ini turut menerima nasib yang sama di mana kawasan ini sekarang sudah menjadi sebahagian "Kuching Waterfront".

Namun usasana di dalam haji Umar Cafe ini masih seperti dahulu,pelanggan-pelanggan terutama dari golongan warga emas masih mengunjungi kedai ini,ada juga generasi baharu yang datang.Membawa bersama nostalgia dahulu di kawasan ini,Mungkin suasananya tidak sehiruk pikuk seperti dahulu,namun kenangan dan nostalgianya maih ada bagi merek ayang pernah melaluinya.


Tuesday 7 March 2017

View of Santubong Delta


Photo ; Credit kepada xgunship

Pemandangan Delta Santubong,sungai dan Gunung dari Helikopter ,bersama Jurugambar terkenal Guido Alberto Rossi yang membuat buku "Over Malaysia" pada 5 April 1991.

Aerial view of Santubong Delta from Helicopter with photographer Guido Alberto Rossi ,in his making of a book "Over Malaysia" dated 5th April 1991

Sunday 5 March 2017

Saturday 4 March 2017

Friday 3 March 2017

Sarawak Constabulary Headquarters Kuching



Sarawak Annual Report Tahun 1957 - General Sir Francis Festing (Cinc Far East Forces) melawat Ibu Pejabat Sarawak Constabulary di Bukit Siol,Kuching. Kawasan Siol meliputi dari sebahagian Kawasan Semariang hingga ke kawasan berhampiran Demak.Dahulu Kawasan Bukit Siol ini lebih merujuk kepada kawasan berhampiran Astana(di bawah Astana) Tapi Sekarang Bukit Siol lebih merujuk kepada Pejabat pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Kawasan ini kemudiannya menjadi tempat latihan untuk Field Force atau sekarang sebagai Pasukan Gerakan Am ,dan juga kemudiannya menjadi Pusat Latihan Polis (sebelum sekarang dipindahkan ke Jalan Puncak Borneo).

Tempat latihan ini sekarang sudah menjadi sabahagian kawasan Medan raya Masja yang bakal menjadi kawasan Pejabat untuk Jabatan-jabatran Kerajaan Sarawak dan Persekutuan.