Friday 28 January 2011

Wisma Satok

Wisma Satok located between Jalan Satok and Jalan Kulas,a busy centre for Shopping,offices and bank,there is 2 bank inside Wisma Satok which is CIMB and Maybank.Built at the end of 1980's,Wisma satok considered as oldest Shopping complexes in Kuching.

Wednesday 5 January 2011

Satok Flyover Aireal View

Pemandangan dari Udara Satok Flyover . Flyover pertama di bina di Sarawak dan Kuching khususnya.Sebelum ini terdapat bulatan di sini dan ianya dikenali sebagai Bulatan Bintangor dimana dibawah jalan ini terdapat anak Sungai Bintangor yang menuju ke Sungai Sarawak. Terdapat beberapa mercu utama Bangunan bangunan utama yang terdapat di kawasa ini iaitu 1. Bangunan Ambank 2. Bangunan Bank Negara 3.Bangunan Mahkamah Syariah 4. Bangunan RTM 5. Wisma Hopoh Gambar ini diambil beberapa tahun yang lalu dimana di kawasan belakang Mahkamah Syariah masih belum diluaskan lagi di mana sekarang,proses Pembinaan Komoleks Islam Sarawak sedang dilaksanakan. Sebelum itu kawasan tersebut menempatkan 1. Bangunan Majlis Islam Sarawak 2. Perpustakaan Negeri 3. Perpustakaan Bandaraya. Ketiga tiga bangunan itu sekarang sudah terkubur bersama lipatan sejarah dan memori warga Bandaraya.Dengan terbinanya bangunan Kompleks Islam Sarawak kelak dijangkakan lagi akan menambahkan lagi kepesatan Ekonomi kawasan setempat dan juga menambah pandangan Pencakar Langit di Bandaraya Kuching. Terdapat beberapa jalan raya utama yang dilingkari bersama Flyover ini iaitu : 1. Jalan Satok 2. Jalan Kulas 3. Jalan Satok

Monday 3 January 2011

Petra Jaya bus

Bas bewarna Putih Kuning ini adalah dari Syarikat bas Petra Jaya Bus Company,Satu ketika dahulu Syarikat ini dikenali sebagai Bas Khalyubi.Sekitar 1990an,bas Petra Jaya pergi ke pelbagai destinasi dari Kawasan kampung Seberang hulu dan kampung Seberang Hilir di Petra Jaya,ke kawasan Matang,ke Kota samarahan,ke Santubong,Damai Beach,kampung Buntal,dan ke semariang.

Kawasan menunggu bas ini .Perhentian bas utamanya adalah berhadapan dengan Open Air Kuching (Berhadapan Electra House)

Namun sekarang yang diketahui oleh aku,destinasi bus ini hanya ke Bako.manakala yang lainnya dah "no service " lagi.. salah satu sebabnya ialah dengan wujudnya kereta sewa/van sewa(van dengan bahagian atasnya kuning) dan van sapu = pirate taxi.

Kenapa banyak bas kalah oleh kereta sewa/van sewa/van sapu ?? . Van ini siap menghantar ke hadapan rumah sekali dan kebiasaannya pemandu van adal;ah dari golongan setempat..dari kampung yang sama) memudahkan urusan perjalanan ke stau satu tempat tersebut.Di samping harga tambang yang tidak jauh berbeza.Namun kadang kadang ada juga masalah yang timbuil di mana ada pengusaha van yang :menangguk di air yang keruh",memandangkan tiada saingan lain untuk ke satu satu destinasi..misalnya ke kawasan yang jauh dari pusat bandar ..contohnya : Politeknik Kuching..ada pemandu yang mengenakan cas tambang yang diluar harga biasa.dan memandangkan tiada pilihan lain maka pengguna terpaksa membayar harga yang ditetapkan.

Tiada masalah menggunakan Van Sewa memandangkan ia bepermit dan penumpangnya dilindungi ansuran dan keselamatan seperti pengguna kenderaan awam lain,namun menggunakan "Van Sapu" = Pirate Taxi (bukan kereta lanun) adalah bertentangan dengan van sewa memandangkan pemilik dan pemandu van sapu ini beroperasi secara haram di mana tiada permit untuk membawa penumpang.keadaan van yang tidak diperiksa keselamatannya di mana ia membahayakan keselamatan penumpang yang menggunakan van tersebut.

Sebagai sebuah status bandaraya,maslah seperti sepatutnya dielakkan dan dikurangkan di mana sistem pengangkutan seharusnya dinaiktaraf untuk kemudahan pelbagai pihak.Kuala Lumpur sebagai contoh ,pada tahun 1980an dan awal 1990an di sana terdapat banyak BMW(Bas Mini wilayah) ,walaupun tambangnya murah tapi banyak wujud masalah.Sekarang BMW sudah menjadi sebahagian sejarah,sistem pengagnkutan awam di Kuala Lunmpur telah maju jauh ke hadapan.

Bukannya hendak menyamakan Kuching dan Kuala Lumpur,tetapi lebih kepada ingin menegaskan..perubahan masa dan zaman dapat ketara dilihat di sana manakala di sini,isu yang sama berulang ulang bertahun tahun lamanya.. Isu van sapu sekarang sudah mula berkurangan di mana piuhak kerajaan telah sedikit sebanyak membangunkan sistem pengangkutan dan infrastruktur yang berkaitan untuk kemudahan bersama.

Namun Bas Petra Jaya,masih ada dengan konsep ,rupa dan bentuk yang sama, masih belum mahu berubah? tidak mahu meningkatkan imej dan berubah ke arah yang lebih mesra penumpang dan jauh dari keselesaan.

Duduk di dalam bas ini seperti masuk ke mesin masa di mana suasana di dalam bas masih lagi seperti tahun 1980an tapi bila memandang ke luar tingkap,segalanya berbeza dari zaman 1980an di mana bandaraya Kuching sudah berubah dari pelbagai sudut dan arah namun bas Mesin Masa ini masih tetap sama..