Thursday 15 December 2011

Kek Lapis Dayang Salhah





Kek lapis Sarawak adalah satu trademark di Sarawak umumnya dan di Kuching khususnya,terdapat pelbagai jenis Kek lapis dengan pelbagai nama dan gelaran mengikut rasa,warna dan ke kreatifan pengusaha kek lapis.

Di antara penguasaha terawal kek lapis di sarawak yang telah menempa nama dan terkenal di seluruh Malaysia ialah Puan Dayang Salhah,yang beroperasi di rumahnya sendiri di Kampung Boyan Kuching,Sarawak.Dengan lokasi yang strategik amat mudah warga tempatan dan pelancong yang datang dari luar kuching untuk ke kedai Dayang Salhah ini..



Kampung Boyan terletak berseberang dengan Segitiga Emas Kuching yang menempatkan beberapa Hotel 4 dan 5 bintang serta beberapa pusat membeli belah,pelancong yang tinggal di Hotel di kawasan ini hanya memerlukan Perahu tambang sahaja untuk ke seberang dengan bayaran 0.50 sen seorang.X adalah lokasi kedai Kek Lapis Dayang Salhah,beroperasi dari pagi hingga tengah malam..jika anda menaiki perahu tambang,anda akan hanya berjalan kaki sekitar lebih kurang lima minit untuk sampai ke sana.

Selain Kedai Kek lapis Dayang salhah,banyak lagi kedai kek lapis yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di sekitar Kampung Boyan dan Kampung Gersik,pilihan adalah di tangan pengguna.Lain orang mungkin mempunyai lain citarasanya namun begitu Kedai Kek Lapis Dayang Salhah masih lagi mempunyai peminat dan penyokong yang setia.Kalau ke kuching,jangan lupa singgah di sini..ok..

0 comments: