Monday, 22 May 2017

New Building in Masja



New Building at Masja Kuching as on May 2017.This building located behind Baitul Makmur building which hosting few State Government Agencies including office of Sarawak Chief Minister.This building will be ready approximately end of this year and will be occupied next year.Similar to the opposite Building (Baitul Makmur) ,this building also will be hosting Sarawak State Agencies.

Currently some of Sarawak State Government agencies offices still scattered around Kuching City.In near future,Sarawak Government targeted most of their Agencies will be centralized in Petra Jaya Area.

Sunday, 7 May 2017

Wednesday, 3 May 2017

Tuesday, 25 April 2017

Tuesday, 11 April 2017

Saturday, 25 March 2017

Shopping at Serikin Market


Pemandangan biasa di Pasar Serikin,masyarakat tempatan membeli belah di Pasar Serikin.Jarak dari Bandaraya Kuching sekitar 60 km  dan melalui Pekan Bau dan perkampungan masyarakat Bidayuh  sebelum sampai ke sana.

Pasar Serikin dibuka hanya pada hujung minggu dari seawal jam 6 pagi hingga jam 5 petang.

Tuesday, 21 March 2017

Ikan Terubok at Medan Niaga Satok


Salah satu wajib dibeli oleh Pelancong dari Negeri lain di Malaysia bila datang ke Kuching ialah Ikan Terubok,sama ada yang segar atau masin.Di Kuching hanya ada dua tempat yang mempunyai pelbagai pilihan bila ingin membeli ikan Terubok ini iaitu di Medan Niaga Satok bersebelahan Kubah ria dan di Kampung Boyan.

Antara gerai yang dahulunya terkenal di pasar Satok lama ialah dari gerai U.I.T.M ,bukannya Universiti Institute Teknologi Mara tetapi Usahawan Ikan Terubok Masin.

Saturday, 11 March 2017

Haji Umar Cafe Enterprise


Bandaraya Kuching menggabungkan pelbagai aspek,moden dan baharu yang disulam dengan kenangan semalam dan harapan yang mendatang.Haji Umar Cafe salah satu daripadanya,terletak di Lebuh Jawa di kawasan Gambier Street,bahagian lama Bandaraya Kuching.

Kawasan ini dahulunya adalah antara kawasan tersibuk di Kuching,dihadapan kawasan kedai ini dahulu terdapat beberapa gedung menjual pakaian dan di kaki limanya pula ramai warga tempatan yang menjual pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan segar tempatan.Terdapat stesen bas "hijau" di sini. Bas Hijau yang dimaksudkan ialah Sarawak Bus Company.hanya terdapat sikit sahaja bas ini yang beroperasi sekarang.

Dengan zaman yang berubah dan keperluan kawasan,stesen bas ini telah dipindahkan,bahkan tiada lagi penjual-penjual kaki lima yang beroperasi di sini.Gedung-gedung perniagaan di hadapan kedai ini turut menerima nasib yang sama di mana kawasan ini sekarang sudah menjadi sebahagian "Kuching Waterfront".

Namun usasana di dalam haji Umar Cafe ini masih seperti dahulu,pelanggan-pelanggan terutama dari golongan warga emas masih mengunjungi kedai ini,ada juga generasi baharu yang datang.Membawa bersama nostalgia dahulu di kawasan ini,Mungkin suasananya tidak sehiruk pikuk seperti dahulu,namun kenangan dan nostalgianya maih ada bagi merek ayang pernah melaluinya.


Tuesday, 7 March 2017

View of Santubong Delta


Photo ; Credit kepada xgunship

Pemandangan Delta Santubong,sungai dan Gunung dari Helikopter ,bersama Jurugambar terkenal Guido Alberto Rossi yang membuat buku "Over Malaysia" pada 5 April 1991.

Aerial view of Santubong Delta from Helicopter with photographer Guido Alberto Rossi ,in his making of a book "Over Malaysia" dated 5th April 1991

Sunday, 5 March 2017

Saturday, 4 March 2017

Friday, 3 March 2017

Sarawak Constabulary Headquarters Kuching



Sarawak Annual Report Tahun 1957 - General Sir Francis Festing (Cinc Far East Forces) melawat Ibu Pejabat Sarawak Constabulary di Bukit Siol,Kuching. Kawasan Siol meliputi dari sebahagian Kawasan Semariang hingga ke kawasan berhampiran Demak.Dahulu Kawasan Bukit Siol ini lebih merujuk kepada kawasan berhampiran Astana(di bawah Astana) Tapi Sekarang Bukit Siol lebih merujuk kepada Pejabat pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Kawasan ini kemudiannya menjadi tempat latihan untuk Field Force atau sekarang sebagai Pasukan Gerakan Am ,dan juga kemudiannya menjadi Pusat Latihan Polis (sebelum sekarang dipindahkan ke Jalan Puncak Borneo).

Tempat latihan ini sekarang sudah menjadi sabahagian kawasan Medan raya Masja yang bakal menjadi kawasan Pejabat untuk Jabatan-jabatran Kerajaan Sarawak dan Persekutuan.

Tuesday, 28 February 2017

Sungai Miri,Kampung Wireless dan Kampung Pulo melayu

 Pandangan dari Hotel Pullman,Miri. Nampak jelas Sungai Miri dan kampung Wireless.Mungkin ajak menunggu ari akan dipindahkan.Nasib sama seperti Kampung Dagang.Dolok madah maok ngolah waterpran.Ujungnya pembangunan memajukan poket kawan-kawan,hotel tinggi mengawan.Sungei dikerat,ditembok mati.Banyak berdiri bangunan tinggi-tinggi.Rakyat asal diam sia entah di sinei,berterabur ilang disambar burong elang.

Seberang Kampung Wireless ya tek,Kampung Pulo Melayu dengan kelab Golf.Berapa kerat jak rumah nok tinggal di kampung Pulo Melayu ya,ku rasa nunggu ari juak lalu ilang,diangkat juak ..lalu tinggal nama macam Kampung Temuan.Tinggal nama jak kali.mun jak tinggal nama,langsung sik tinggal apa-apa lagiklah.Dolok masa zaman-zaman kawan gila ngail,dekat area sitoklah ngail di muara. sampei ujung tanjung Pulo Melayu.Ngail sia dapat juak siakap ngan ikan Parek.


Dolok,Tanjung Pulo Melayu tok jauh,sampei kuala lamak Miri,ada spetar lamak nak kononnya berantu tek.Aku pergi sia sik juak nemu antu,nemu antu dadah dengan antu sik tahan ngeseks adalah.Antu menar dah pindah kali.Dah nama tempat ya kosong,nampaklah ngutik.Bekakya projek Marina tek..lalu dipotongnya tanjung Pulo Melayu ya,lalu jadi terusan..diujungnya ditembok..dari Muara kampung Wireless tek sampei ke Tanjung ujung nun sekilometer jak..

Nak bagusnya projek tok,aek Pasang cepat gik masuk  ngan keluar.Jadi dapat nyuci sungei Miri nak itam betegar ya.Dolok 90an,Sungei Miri dapat title..No 1 tercemar di sarawak dan no 4 tercemar di malaysia.mun sik salah Penang Nomor satu.Bekak dibersi tek nang hijo aek sungei Miri,ikan parek pun ada,bulak cerita ikan paus pun nampak sia..

Tapi yalah tek,Sungei Miri tinggal sekerat jak..Sekerat agik dari Muara baru tok ke muara lamak dah jadi Tanah..sik ado agik sungei nyo.Sidak ngolah Marina tek..Penambakan laut..Mudah nak ngolah bandar baru agik di sia.

Wisma Saberkas

Wisma saberkas dirasmikan sekitar 30 tahun yang lepas iaitu pada tahun 1985.Pada ketika itu,hanya ada beberapa bangunan tinggi yang ada di bandaraya Kuching.Pada zaman kegemilangannya,Saberkas menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk membeli belah.Dahulu.terdapat open air food centre di aras atas shopping kompleks ini.Ianya ditutup sekitar awal tahun 2000.

Mungkin kerana sudah mendapat kurangsambutan ..Bahagian atasnya pula terdapat pejabat-pejabat kerajaan negeri seperti Jabatan Pengairan dan saliran,Jabatan Kerja Raya,Pejabat Saberkas dan lain-lain lagi.Dalam era moden sekarang,terdapat berbelas Shopping Kompleks yang lebih besar dan mewah dari Wisma saberkas serta menyediakan pelbagai jenis barangan yang mahal dan bertaraf antarabangsa.Walaupun  adalah mustahil untuk bersaing dengan komplek-kompleks membeli belah itu,namun masih ada pekedai yang berniaga di sini dan masih ada pelawat yang datang untuk membeli belah.

Sekarang,Wisma Saberkas terkenal dengan tempat jualan barangan dan gadget eletronik.Barangan yang paling besar,yang kecil,baru serta alat ganti boleh diperolehi di sini.Diharap satu masa kelak,Wisma Saberkas dapat berdiri megah kembali seperti dahulu dan ramai orang akan membanjiri kompleks ini semula.

Ferry di Sungai Miri

Gambar ini diambil sekitar tahun 1980an,di kawsan tidak jauh dari Pejabat JKR dan Kuil Sikh di Miri.Pengangkutan Feri ini adalah yang terpantas sekiranya anda berada di bahagian Pasar Miri untuk ke Seberang.Alternatif lain adalah sebuah Jambatan yang jauh terletak di kawasan Piasau (Berhampiran Piasau Utara)

Di bahagian seberang pula terdapat hospital,Kampung Pulau Melayu dan padang golf.Perkhidmatan Ferry ini telah ditamatkan sekitar awal 1990an.Hospital ini juga telah lama ditutup dan dipindahkan ke kawasan Lopeng,khusunya Jalan Cahaya Lopeng.Bahkan bahagian sungai ini pun sudah mati,ditimbus dan dijadikan sebahagian projek Miri Marina City.Hanya kenangan yang tinggal untuk penduduk Miri yang pernah menggunakan khidmat Ferry ini satu ketika dahulu.

Tuesday, 7 February 2017