Tuesday 18 December 2018

Transformation of Miri River




Gambar-gambar menunjukkan perubahan Sungai Miri dalam masa tempoh dua puluh tahun.Gambar terakhir bukanlah gambar yang terkini namun sudah menunjukkan perubahan ketara di kawasan semenanjung kawasan Pulau Melayu.

Sekitar 1990an , Sungai Miri adalah sungai yang terkotor di Sarawak.Arusnya perlahan dan baunya agak kurang menyenangkan.Mungkin kerana bukan sahaja ada perkampungan di sekitarnya yang menyumbang kepada pembuangan sisa-sisa kotor tetapi juga Kawasan Perindustrian yang juga banyak menyumbang kepada sisa kotoran terbabit.Setelah kawasan kampung Dagang dipindahkan , Sungai Miri masih juga dianggap tercemar.Pembinaan projek Marina City sebagai salah satu cabang utama dalam Pebangunan  Bandaraya peranginan Miri,pastinya tidak mahu Sungai Miri ini menjadi sebahagian daripada Projek yang bertaraf antarabangsa ini.

Salah satu pengorbanan besar bagi Sungai Miriadalah perubahan arus yang perlu segera dilaksanakan agar Status Sungai Miri yang yang tercemar dan kotor dapat ditukar.Sekitar hujung 1990an projek terusan Sungai miri telah dimulakan di Semenanjung Pulau Melayu,natijahnya Pulau melayu telah terbahagi dua.Bahagian di Barat iaitu Muara Lama dan Hospital Umum Miri lama dan bahagian Timur iaitu Kawasan Kampung Pulau melayu dan padang Golf.Terusan itu memanjang ke laut sejauh 1km.gerak ke laut.

Seingat saya bila terusan ini sudah siap,arus sungai Miri lebih lancar dan cepat lagi bergerak, airnya yang kotor,hanyir dan pekat sudah menjadi  agak bersih dan kebiru-biruan.Namun bahagian sebelah Timur pula adalah sebaliknya.Struktur Geografi telah berubah sepenuhnya.Sedikit demi sedikit Sungai Miri bahagian Barat telah ditambak,dan lama kelamaan Bahagian ini dianggap sebahagian Sungai Miri dianggap telah mati.

Bahagian yang ditambak ini ialah sebahagian daripada Projek marina City,sebuah perbandaran baru yang lebih canggih dan bersih.Pengorbanan memerlukan pengorbanan,kali ini alam sekitar yang mempunyai pelbagai kenangan kepada penduduk sekitarnya.Generasi hadapan mungkin hanya dapat melihat sebahagian Sungai ini di dalam gambar  dan mendengar ceritanya dari orang-orang tua yang pernah melihat sendiri pemandangannya.

0 comments: