Sunday 9 December 2018

Pangkalan Batu view From Astana


Pemandangan dari Astana Kuching.Kelihatan jelas di seberang adalah Pangkalan Batu,Jetty lama tempat pemunggahan barang-barang dan bangunan Pasar Ceko.90% bangunan yang ada di situ telah dirobohkan serta kawasan berkenaan telah dibina Tebingan Sungai Kuching ( Kuching Waterfront).Sekitar 30 tahun lepas,pemandangan di kawasn ini adalah amat berbeza dengan sekarang.Kapal-kapal besar masih lagi belayar di Sungai Sarawak dan singgah di Jetty berhampiran untuk memunggah barangan.

Ada juga yang memunggah barangan terus ke Pasar Ceko ( Cekor ) terutama barangan mentah seperti sayur-sayuran,buah-buahan ,kelapa tua bahkan hingga kepada  hasil laut dan ternakan.Bahkan sehingga sekitar 10 tahun yang lepas,sebelum kawasan Pasar Cekor ditutup dan dirobohkan,suasana di sekitar kawasan tersebut meriah dan hidup walaupun pada waktu tengah malam hingga ke awal pagi.Ini kerana aktivii penjualan sayur-sayuran dan hasil tangkapan laut pada awal pagi adalah dilakukan secara borong.Peniaga terutama pengusaha restoran banyak yang mengambil stok dari sini  oleh kerana harga yang agak murah pada waktu tersebut.

Dalam masa yang sama juga ada peniaga kecil-kecilan yang berniaga makanan dan minuman berhampiran,mengambil kesempatan di atas kehadiran ramai orang di sekitar pada waktu tersebut.Pendek kata suasana tengah malam sehingga waktu pagi di kawasan tersebut amat meriah dan tidak pernah sunyi.Namun perubahan untuk pembangunan adalah perlu,walaupun terpaksa mengorbankan beberapa elemen terutama yang melibatkan kenangan.Kawasan Pasar Ceko yang agak usang dan persekitaran yang semakin pesat menyebabkan,Pasar Cekor lama dirobohkan dan pembangunan lain yang melibatkan tarikan pelancongan dilaksanakan.

0 comments: