Thursday 8 June 2017

Sungai Sarawak circa 1981


Pemandangan di Sungai Sarawak sekitar tahun 1981.Jika dibandingkan dengan sekarang (June 2017).Terdapat banyak perubahan yang kita boleh lihat dan bezakan ,antaranya

1.Bentuk Perahu Tambang - Rata-ratanya pada ketika ini banyak yang masih menggunakan kayuhan sahaja membelah Sungai Sarawak.Berbanding sekarang menggunakan Engine Boat dan Kayuhan (bergantung air pasang-surut atau cuaca dan arus sungai)

2.Tebingan Sungai Kuching - Tebingan Sungai Kuching atau Kuching Waterfront dibina sekitar awal 1990an.Sebelum itu kaasan tebingan Kuching ini adalah Pelabuhan untuk kapal-kapal dagang ,Kapal Tentera,Kapal-kapal dari jabatan kerajaan lain dan kapal-kapal Swasta.

Terdapat juga gudang-gudang besar yang menjadi tempat penyimpanan barang-barang yang diturunkan dari kapal ,Kebanyakkan gudang  tersebut telah dirobohkan kecuali satu yang dijadikan "Godown Ampithetre" untuk tujuan persembahan seperti acara tarian,nyanyian dan sebagainya.

Terdapat juga sebuah bangunan yang dikekalkan menjadi kedai dan restoran.
Dengan terbinanya "Sarawak Barrage" dan dua Tambak iaitu Tambak bako dan Tambak pending,Sungai sarawak telah berubah kegunaannya,dahulu banyak kapal-kapal bersaiz dari kecil hingga besar termasuk bot ekspress yang menuju ke perkampungan pesisir bergerak melaluinya.Namun sekarang sudah agak sunyi,hanya kapal nelayan Bot Tunda,perah-perahu kecil nelayan dan paling besarpun kapal persiaran penumpang yang ada merentasnya.

Salah satu kebaikan yang diperolehi dari terbinanya barrage dan tambak ini ialah,air pasang surut dapat dikawal dimana mudah untuk menganjurkan pesta sungai seperti Regatta,yang mana dahulunya terpaksa menunggu air pasang barulah dapat dilangsungkan.Selain itu,ia dapat mengawal  air semasa banjir .

3. Bangunan DUN baharu - Bukit di belakang yang luas itu adalah tempat dimana DUN Baharu Sekarang.Berhampiran kawasan DUN itu pula terdapat Kuarters dan Ibu Pejabat Pasukan Polis Hutan yang lebih dikenali warga tempatan sebagai Brigade.Keseluruhan kawasan Brigade sudah diluaskan untuk pembinaan DUN.Brigade sekarang sudah dipindahkan ke batu Kawah iaitu kem Pasukan Polis Hutan ,Batalion ke 11.

Terdapat juga sebuah perkampungan tempatan berhampiran kawasan DUN ini iaitu Kampung Astana,kesemuanya telah dipindahkan ke kawasan lain untuk penempatan semula.

0 comments: