Friday 27 December 2019

Seikh Gendang dan amalan bermukun

Seikh Gendang dan gendangnya.Bila disebut bergendang,tidak jauh akan lari dengan istilah bermukun,menopeng atau berpantun.Budaya ini dapat dilihat jelas dari kawasan Teluk Melano hingga sebahagian kawasan Sabah dan Labuan.Walaupun sinonim dengan masyarakat Melayu,namun bergendang ini ada juga dipraktikkan oleh masyarakat Melanau,Kedayan dan Iban di sesetengah bahagian.

Acara bergendang biasanya dilakukakn ketika majlis keramaian seperti acara perkahwinan di mana untuk memeriahkan suasana di rumah pengantin.Namun di zaman moden ini,acara seperti ini amat jarang dilakukan kerana pilihan alternative lain seperti berkaraoke..Tapi ,dalam masa yang sama masih ada juga golongan yang masih mempertahankan budaya ini agar tidak lapuk dek zaman kelak.

0 comments: