Sunday 18 November 2018

Sarawak Map in 1858


Sarawak adalah sebuah wilayah yang terbesar di Malaysia,diikuti oleh Sabah dan Pahang.Kalau nak mengukurnya,aku pun lupa sebab angkanya terlalu besar ,entah beribu-ribu dan ribu kilometer persegi.Kalau dilihat dari Wikipedia atau bukak website rasmi kerajaan,mungkin ada jawapannya yang tepat.Oleh kerana aku pun malas nak buka google page semasa menaip ini.Anggaplah luasnya sekitar 500 ribu km persegi.( Itu main teka teka sahaja hahahaha)

Sebenarnya pada awal zaman Penjenmaan Semula Sarawak semasa James Brooke,luas wilayah Sarawak pada masa itu tidaklah sebesar sekarang.Kiranya bahagian Kuching dan sebahagian kawasan Samarahan / Asajaya sahaja.Semasa zaman James Brooke ( selepas ini di initial J.B ,sahaja - not James Bond) tidak ada peluasan wilayah .Zaman J.B awal awalnya nak menyelesaikan masalah dalaman Sarawak dari segi pemberontakan dan menyatukan dan mendamaikan puak-puak yang bersengketa.

Hanya selepas J.B kick the bucket kata bahasa mereka,anak buahnya iaiutu Charles Brooke yang lebih agresif untuk meluaskan Wilayah sarawak yang sedia ada.Ada sahaj alasan pihak Charles ini untuk meluaskan wilayah Sarawak yang sedia ada,dan sedikit demi sedikit juga,wilayah Brunei semakin mengecil dan mengecil.Peta di atas menunjukkan wilayah Saraak padatahun 1858 yang masih dalam proses pengembangan di mana usaha ini diteruskan lagi oleh keturunannya sehinggalah Wilayah sarawak meluas hingga ke sempadan negeri Sabah.

0 comments: