Saturday 11 March 2017

Haji Umar Cafe Enterprise


Bandaraya Kuching menggabungkan pelbagai aspek,moden dan baharu yang disulam dengan kenangan semalam dan harapan yang mendatang.Haji Umar Cafe salah satu daripadanya,terletak di Lebuh Jawa di kawasan Gambier Street,bahagian lama Bandaraya Kuching.

Kawasan ini dahulunya adalah antara kawasan tersibuk di Kuching,dihadapan kawasan kedai ini dahulu terdapat beberapa gedung menjual pakaian dan di kaki limanya pula ramai warga tempatan yang menjual pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan segar tempatan.Terdapat stesen bas "hijau" di sini. Bas Hijau yang dimaksudkan ialah Sarawak Bus Company.hanya terdapat sikit sahaja bas ini yang beroperasi sekarang.

Dengan zaman yang berubah dan keperluan kawasan,stesen bas ini telah dipindahkan,bahkan tiada lagi penjual-penjual kaki lima yang beroperasi di sini.Gedung-gedung perniagaan di hadapan kedai ini turut menerima nasib yang sama di mana kawasan ini sekarang sudah menjadi sebahagian "Kuching Waterfront".

Namun usasana di dalam haji Umar Cafe ini masih seperti dahulu,pelanggan-pelanggan terutama dari golongan warga emas masih mengunjungi kedai ini,ada juga generasi baharu yang datang.Membawa bersama nostalgia dahulu di kawasan ini,Mungkin suasananya tidak sehiruk pikuk seperti dahulu,namun kenangan dan nostalgianya maih ada bagi merek ayang pernah melaluinya.


0 comments: