Sunday 22 February 2015

Pasar Malam Bergerak di Kuching



PASAR MALAM BERGERAK DI KUCHING
Salam semua, dalam masa terdekat kami dari persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bumiputera Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Kuching dan Pihak berkuasa Tempatan di Kuching akan menganjurkan pasar malam bergerak di Sekitar Kuching,Sarawak.Maksud "bergerak" ialah Pasar malam tersebut tidak akan tetap pada satu tempat sahaja setiap malam.Pasar malam akan dibuat selama 4 hari dari hari Ahad malam Isnin hingga Khamis malam Jumaat di mana setiap malam akan diadakan di lokasi yang berbeza.
Contoh : Malah Isnin di Sukma
Malam selasa di Semarak
malam rabu di matang Jaya.
Masa jualan Pasar malam dari jam 6pm hingga 12 tgh mlm.
Produk Jualan Pelbagai : dari makanan basah,makanan Kering,pakaian,bundle,kasut,jam ,aksesori dan sebagainya ,asalkan tidak menjual pelbagai barangan berbahaya seperti senjata api atau dadah.

Jadual yang telah dirangka rapi ini akan dipantau oleh Jawatan kuasa Pengelola yang dilantik oleh PKBS atas nasihat pihak Pejabat Residen.
Para peniaga yang selama ini berniaga di rumah atau cuba ingin mengembangkan produk dan perniagaan anda yang berada di sekitar kawasan Kuching Sarawak adalah dijemput untuk mengambil bahagian.

Setakat ini,Pasar Malam ini akan melibatkan kawasan yang dicadangkan seperti berikut :
a) Perkarangan Pusat penjaja Semarak, Gita Kuching
b) Perkarangan Bangunan RHB Bank Matang Jaya
c) Perkarangan Sukma ria, Taman Sukma Petrajaya
d) Perkarangan Pasar Demak laut
e) Kawasan Dockyard, main bazaar Kuching.

Kepada sesiapa yang berminat segera menghubungi saya untuk mendaftar > nama dan Produk Jualan anda ,Peringkat pengambilan peserta akan dibuat setelah kelulusan dan proses permit dan dokumen dengan pihak PBT dan pihak-pihak yang berkenaan.
Hubungi saya : Kaharuddin +601115217730 ( call/sms/whatsapp)

0 comments: