PASAR MALAM BERGERAK DI KUCHING
Salam semua, dalam masa terdekat kami dari persatuan Penjaja
dan Peniaga Kecil Bumiputera Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Kuching
dan Pihak berkuasa Tempatan di Kuching akan menganjurkan pasar malam bergerak
di Sekitar Kuching,Sarawak.Maksud "bergerak" ialah Pasar malam
tersebut tidak akan tetap pada satu tempat sahaja setiap malam.Pasar malam akan
dibuat selama 4 hari dari hari Ahad malam Isnin hingga Khamis malam Jumaat di
mana setiap malam akan diadakan di lokasi yang berbeza.
Contoh : Malah Isnin di Sukma
Malam selasa di Semarak
malam rabu di matang Jaya.
Masa jualan Pasar malam dari jam 6pm hingga 12 tgh mlm.
Produk Jualan Pelbagai : dari makanan basah,makanan
Kering,pakaian,bundle,kasut,jam ,aksesori dan sebagainya ,asalkan tidak menjual
pelbagai barangan berbahaya seperti senjata api atau dadah.
Jadual yang telah dirangka rapi ini akan dipantau oleh
Jawatan kuasa Pengelola yang dilantik oleh PKBS atas nasihat pihak Pejabat
Residen.
Para peniaga yang selama ini berniaga di rumah atau cuba
ingin mengembangkan produk dan perniagaan anda yang berada di sekitar kawasan
Kuching Sarawak adalah dijemput untuk mengambil bahagian.
Setakat ini,Pasar Malam ini akan melibatkan kawasan yang
dicadangkan seperti berikut :
a) Perkarangan Pusat penjaja Semarak, Gita Kuching
b) Perkarangan Bangunan RHB Bank Matang Jaya
c) Perkarangan Sukma ria, Taman Sukma Petrajaya
d) Perkarangan Pasar Demak laut
e) Kawasan Dockyard, main bazaar Kuching.
Kepada sesiapa yang berminat segera menghubungi saya untuk
mendaftar > nama dan Produk Jualan anda ,Peringkat pengambilan peserta akan
dibuat setelah kelulusan dan proses permit dan dokumen dengan pihak PBT dan
pihak-pihak yang berkenaan.
Hubungi saya : Kaharuddin +601115217730 ( call/sms/whatsapp)