Tuesday, 15 November 2011

Padang Pasir di Bandaraya Kuching



Pemandangan Masjid Bahagian Kuching berhampiran dengan kedai Haji Sehat,kedai ini memang terkenal di daerah Kuching di mana ia membekalkan barang-barangan seperti Kari mentah,kerepek asli sarawak dan barangan keperlua lain.Kedai ini sudah beroperasi agak lama dan diterus kan oleh anak-anaknya sehingga sekarang.Kedai ini berseberang dengan Padang Pasir Kuching.
Padang pasir Kuching? apa ada padang Pasir di Kuching???hahaha..Mungkin bagi orang di luar Kuching akan terpinga-pinga dan mencari -cari di manakah letaknya Padang Pasir ?Adakah Padang Pasir di Kuching seperti Padang Pasir di Mesir atau Sahara? hahahha..

Jika anda melalui kawasan ini,tempat ini sekarang hanyalah tempat seperti taman dengan rimbunan pokok menghijau dengan kerui panjang untuk berehat di samping berhampirannya adalah tempat letak kereta dan tempat menunggu Van sewa untuk kawasan ke Kampung Seberang Hilir Petra Jaya.

Tempat ini dinamakan Padang Pasir oleh kerana sekitar tahun 1960an dan 1970an dahulu ,kawasan ini adalah tempat dimana pasir dicurahkan sementara untuk dipunggahkan ke kawan kawsan lain untuk tujuan pembinaan.Berdasarkan pemandangan seperti ini,kawasan ini lantas dikenali sebagai Padang Pasir dan namanya terus melekat hinga ke hari ini walaupun tidak dijadikan tempat punggahan Pasir lagi.

Satu lagi maklumat tambahan,selepas kawasan ini tidak dijadikan tempat Punggahan Pasir.Sekitar tahun 1980an,kawasan ini dijadikan sebagai Tamu ( Pasar Basah).Pasar ini beroperasi buat sekian lama dan kemudiannya dipindahkan ke kawasan Satok lalu dikenali sebagai Pasar Satok/Pasar Minggu seperti pada masa kini. (*pasar satok akan dipindahkan ke lokasi baru pada penghujung tahun 2012)

0 comments: