Monday 7 June 2010

Melayu Sarawak/Brunei di mata Raja Brooke

Ketika Brooke tiba di Sarawak,Brunei (pada ketika itu Sarawak masih lagi sebahagian daripada Brunei), Brooke telah membuat catatan mengenai kaum melayu setempat.

Masyarakat Melayu Sarawak adalah mesyarakat persisir. Mereka mendiami di sepanjang sungai dan laut Sarawak. Ramai penulis menyatakan istilah Melayu yang digunakan di Sarawak adalah longgar. Mereka seperti Abang Yusuf Puteh,Harrisson dan King menyatakan istilah masuk melayu, yang berkaitan dengan perkembangan dan perluasan agama Islam di Sarawak. Orang Arab, keturunan Cina, melayu Kalimantan, Boyan, jawa juga dikatakan melayu setelah mereka memeluk agama Islam dan mengamalkan bahasa melayu dan adat resam melayu.

Menurut Pringle (1870) sebelum kedatangan Brooke istilah melayu tidak wujud. Apa yang ada adalah penduduk Sarawak mengenali diri mereka berdasarkan kawasan atau nama. Ia berlaku setelah Brooke memerintah untuk memudah pentadbiran.

Sebelum era Brooke, orang melayu Sarawak,Brunei telah berlayar hingga ke Singapura dan segenap pelusuk Asia Tenggara. Mereka merupakan pelayar yang handal. Pedagang melayu Sarawak membawa sagu, anatomi, emas sarang burung, damar , ikan masin, sirip yu beras dan kamur barus. Orang melayu Sarawak juga dikatakan mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi tentang apa yang berlaku disekeliling mereka.

Brooke amat menghargai pertolongan putera-putera melayu Sarawak/Brunei ketika beliau menjejakan kaki di bumi Sarawak. Orang melayu Sarawak/Brunei juga dikatakan oleh penulis seperti Ward, Payne dan St. John sanggup berkorban taat setia kepada Sultan dan kawan sehingga mengadai nyawa.

Setelah Brooke mengambil alih Sarawak daripada Kesultanan Brunei, keupayaan pembesar-pembesar melayu Sarawak dalam menjaga kepentingan kerajaan telah memberi kesedaran kepada Brooke tentang kepentingan dan kebijaksanaan pemimpin melayu Sarawak dari segi politik. Brooke juga mendapati penasihat pemimpin melayu Sarawak bijak dan menguntungkan. Brooke juga sedar kebanyakan pemimpin melayu Sarawak mempunyai sifat hati-hati dalam percakapan yang tidak mahu memalukan orang lain “tact” dan kebijaksanaan. Ini membuatkan Brooke sentiasa bersikap berhati-hati kepada kaum Melayu Sarawak.

Penulis yang bernama Everett menyatakan Brooke sentiasa mempunyai perasaan curiga kepada orang melayu Sarawak terutama pedagang hingga tidak membenarkan mereka tinggal berdekatan dengan kaum lain. Sifat curiga Brooke ini menyebabkan orang melayu Sarawak tidak disuruh bercita-cita tinggi.

Pringle(1877) dalam bukunya menyatakan dari kaca mata Brooke “Ambition, ability and high rank in a Malay chief were………the essential attributes of a trouble maker”

Dipetik berdasarkan tulisan asal Awg Hasmadi Awg mois; Masalah Masyarakat Melayu Sarawak dan pembangunan, Himpunan kertas Seminar Budaya Melayu Sarawak II, 1998

0 comments: