Siapa bilang Maimunah laju,
Laju lagik kapal Simanggang,
Siapa bilang saya Mengkudu,
Mengkudu lagik abang seorang.
Pantun ini adalah sebuah pantun lama masyarakat Sarawak,dan di dalam Pantun ini terdapat dua buah nama kapal iaitu kapal Maimunah dan kapal Simanggang. Kapal H.V Maimunah (Macmunah) adalah sebuah kapal pemberian Maharaja Johor pada ketika itu kepada kerajaan Brooke,dengan tujuan untuk memantau pergerakan Lanun di kawasan perairan Sarawak dan berdekatan.Maimunah adalah nama Permaisuri Johor,Isteri kepada Sultan Johor pada ketika itu.
Gambar di atas adalah gambar di Brooke Dockyard ( Bengkel Kapal milik kerajaan) berhampiran masjid Bahagian Kuching.Kubur-kubur lama masih kelihatan bersebelahan.Gambar ini diambil sekitar awal 1900 hingga 1930an dan kapal yang berada di sana adalah kapal H.V Maimunah, dimasukkan ke dockyard untuk tujuan pembersihan dan pemulihan.
Sedihnya,kapal ini telah dimusnahkan dengan secara dibom oleh Pihak British di Muara Tabuan,Kuching.Tujuannya adalah untuk mengelakkan tentera Jepun yang sedang mara pada ketika itu untuk memiliki kapal tersebut.Semenjak hari itu,perkampungan Melayu di kawsan tersebut dinamakan sebagai Kampung Maimunah,namun entah mengapa sekarang nama itu tidak digunakan lagi dan digantikan dengan nama kampung Selipar Putus.