Tup tup dah masuk bulan april..dalam bulan lepas satu je yang aku postkan ingatkan dapat post banyak banyak ke aper ke..tapi entahle mungkin masa tak mengizinkan atau sememangnya malas nak type blog.Lagipun sekarang ni isu blog dalam media pun tengah hangat,lantaklah diorang aku bukan tulis isu sensitif pun..aku nak tulis apa yang aku nak tulis tak gitu.
mungkin takde idea jadi tak tau apa yang nak ditulis tapi bila dah dibiar kosong,sayang jugakkan.buat apa aku bukak blog kalau tak ditulis.Jadi hari ni aku nak tulis pasal Kuching..hehe.Bandaraya Kuching yang ada dua bandaraya dalam satu bandaraya..emm sebnarnya aku sampai hari ni masih konfuse dengan istilah bandaraya Kuching ni 2 bandaraya dalam 1 bandaraya..
Ni logo untuk DBKU..dewan bandaraya Kuching Utara..letaknya memanglah di utara tapi aku tak pasti seblah mana utara atau selatan bagi bandaraya Kuching tapi itulah hakikatnya dah di bagi nama dewan bandaraya Kuching Utara..itulah jadinya..
kalau nak melawat website DBKU..http://www.dbku.gov.my
untuk selatan pulak http://mbks.gov.my ... yang utaranya dewan yang selatan pulak majlis,tapi kalau tak silap aku dalam setahun dua ni mbks dah upgrade jadi dewan tapi takkanlah website rasmi masih pakai MBKS tak DBKS..dulu aku tak tau apehal yang nak dibezakan Dewan ngan Majlis,rupa-rupanya dewan ni status dier tinggi lagi and kewangan dier pun besar lagi.
Ikut sejarah perasmian bandaraya kuching ni,Bandaraya Kuching dideclare jadi Bandaraya pada 1.8.1988 ..kira bandaraya ke 3 selepas Kuala Lumpur dan Ipoh.Dengar tu,yang ketiga ...mana tak best ..top three u..tapi ada yang kata bandaraya yang ketiga dan keempat sebab ada dua majlis bandaraya di Kuching pada masa tu.. jadi kenapa harus dua dan tak jadi satu je..ye la kalau ikutkan kuala Lumpur tu besar lagi dari Kuching kira konteksnya kuala Lumpur ni Ibu negara Malaysia dan semua kemajuan dan kecanggihannya ada kat Kolumpo kan..
Jadi kalau ikutkan sejarah chewahh..kawasan Dewan bandaraya Kuching Utara sekarang ni dulunya ditadbir Majlis Perbandaran Kuching sementara Majlis Bandaraya Kuching Selatan pulak sebahagiannya ditadbir Majlis Perbandaran Kuching dan Majlis Luar Bandar Kuching.Kiranya ada kawan baru yang dah dipisah dan ada yang dicantum jugak..tapi ikut saiz lah,DBKU kawasannya paling besar ikut tempat pentadbirannya.sebab ada gunung,ada kampung,ada pantai,ada hutan,ada macam macam ada..
tapi kira unik la dua bandaraya dalam satu bandaraya,ish berapa kali dah aku ulang ayat ni tapi kalau korang konfius aku tetap konfius,mungkin ada masa korang akan menjawab teka teki aku ni atau nanti aku akan ketemu jawapannya..tapi diikutkan cerita oleh kawan aku nih..sebabnya oleh kerana kebanyakkan pemimpin Sarawak latarbelakang pendidikan diorang ni belajar dari Australia jadi diorang tiru and ambil sistem perbandaran di sana untuk contoh bandaraya kat sini lah..itu yang kawan aku cakaplah,betul ke tak betul aku tak tau bro and sis sebab aku tak pernah lagi melawat ke australia,setakat tengok dari tv ade ler..