Wednesday, 31 October 2018
Monday, 22 October 2018
Darurat Jerebu in Kuching Circa 1997
Tahun 1997 ,lebih kurang 21 tahun yang lampau.Di mana Musim Jerebu boleh dikatakan ada saban tahun ,namun tahun 1997 adalah kemuncak kepada musim - musim jerebu yang lampau.Langit siang agak putih dan kelabu manakala langit malam pula merah,tanpa bintang dan bulan,lebih kurang 3 bulan lamanya.Jerebu begitu tebal hingga penduduk di seberang sungai hanya mampu melihat sdikit sahaja bahagian sungai dan langsung tidak dapat melihat bahagian seberang sungai.
Jalan-jalan raya pula agak gelap dan anda perlu menggunakan lampu ,kerana walaupun pada waktu sian,jarak penglihatan agak kurang jelas.Dan di mana-mana semua orang menggunakan topeng muka kerana asap jerebu baunya agak busuk kerana ia adalah asap dan bukannya sekadar kabus atau embun pagi.Kemuncaknya ,Darurat Jerebu telah diumumkan oleh karana paras Jerebu yang begitu tinggi dan boleh membahayakan kesihatan awam.