Sunday, 24 April 2011

Pantun Melayu sarawak

Nyiur gading puncak mahligai
Anyam ketupat berisi inti
Hancur tulang daging berkecai
Belum dapat belum berenti

Pergi ke darat berlombak kuda
Pergi satok ke jambatan gantung
Bila ku lihat wajah adinda
Hati beramuk berdengan jantung

Dari acheh ke china berdagangan
Dalam berlayar dipukul rebut
Jika kasih berbantal lengan
Jika sayang bertilam rambut

Bagaimana cakap orang putih
ABC mula dilayar
Bagaimana kita berkasih
Cincin di jari kita bertukar

Rumah burok pintu sembilan
Nantik rebuk sik juak rebuk
Seperti pungguk rindukan bulan
Nantik gugok si juak gugok

di pagi raya
Mun kitak kurang percaya
Ambik pisok belahlah dada

sayur sawi dipatah liat
tanam sehari merimbun daun
mun sehari nisik melihat
rasa bercerai seribu tahun

malam ini malam jumaat
malam esok malam sabtu
jika datang ati teringat
tepuk bantal sebut namaku

Ijo ijo dalam perigi
Kacang golok di dalam puan
Terigo-igo termimpi mimpi
Bantal kupeluk rasamu tuan

Minum kopi berik bersusu
Pahit rasanya kupinum juak
Kalau ku turut hawa nasu
Jika ndak mati menjadi gila

Ledam ledum meriam astana
Tanda menanti rajah maok datang
Tuan ibarat sekuntum bunga
Maok dipetik tangan ndak datang

0 comments: